PR Yakin Sultan Selangor Akan Memperkenan Isteri Anwar Ibrahim Sebagai MB

wan-azizah-sultan-selangor

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam satu kenyataan medianya semalam telah menyangkal beberapa dakwaan pemimpin PAS sebelum ini bahawa pencalonan Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru bagi menggantikan Khlaid Ibrahim telah ditolak Sultan Selangor.

Menurut Saifudin lagi, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah menolak pencalonan Presiden Perti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah sebagi calon Menteri Besar Selangor seperti yang didakwa oleh beberapa pemimpin PAS Sebelum ini.

Tambahnya lagi, sebagai ketua negeri, Sultan Selangor sudah tentu lebih arif dan memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor termasuk berkaitan perlantikan seorang menteri besar.

Saifudin juga menjelaskan Sultan Selangor masih lagi terbuka dalam hal ini dan akan mempertimbangkan semula cadangan Pakatan Rakyat (PR) melantik Wan Azizah sebagai menteri besar.

Penegesan yang dibuat Saifudin itu dilihat sebagai satu peringatan kepada PAS yang akan bermesyuarat pada Ahad ini supaya mempersetujui apa sahaja cadangan atau keputusan yang dibuat oleh PKR dan DAP dalam hal berkaitan pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah dirancang sejak Januari lalu.

Sebelum itu, dalam satu sidang media yang lain, Setiausaha agung PAS, Mustafa Ali berkata parti itu sudah menyenaraikan beberapa lagi nama yang sesuai untuk calon menteri besar Selangor.

Menurutnya,  calon berkenaan adalah alternatif kepada Wan Azizah sekiranya Tuanku Sultan Selangor tidak memperkenan Adun Kajang itu sebagai ketua pentadbir negeri yang baru selepas pemecatan keanggotaan PKR Khlaid Ibrahim baru-baru ini
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.