PAS Mula Congak Siapa Calonya Bakal Jadi MB Terengganu


Ekoran dari kemelut krisis kepimpinan yang berlaku di Terengganu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan pertukaran jawatan bagi Menteri Besar Terengganu mestilah melalui prosedur yang betul.

Menurutnya lagi, jawatan menteri besar hanya akan dipegang oleh penyandang baharu apabila calon terdahulu telah mengesahkan peletakan jawatannya dengan pengakuan beserta bukti bertulis.

“Perkara ini masih belum disahkan, kita perlu pastikan setiap perkara yang berlaku sebelum jalankan apa-apa prosedur.

“Pergolakan politik ini masih di peringkat khabar angin, kita masih belum tengok tandatangan calon yang keluar, jadi jangan buat sebarang keputusan melulu,”

Mat Sabu dalam pada itu enggan mengulas lanjut mengenai calon Pas yang mungkin dilantik bagi memegang jawatan Menteri Besar baharu.

“Pihak kami masih belum menentukan calon yang sesuai. Perkara ini masih belum dibincangkan,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Jering Daily

2 comments:

  1. kah kah kah mat sabun sedang berangang-angang mat jening.. kah kah kah!!

    BalasPadam
  2. Teringat kisah Kerajaan Pasir Berdengung, bersidang dibawah pokok.....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.