KM Pulau Pinang Halang Niat Murni Adun DAP Tanjung Bugah Bantu 'Mak Nyah'

dap-mak-nyah
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bugah dari DAP, Teh Yee Chew supaya menarik balik usul penubuhan Jawatankuasa Transgender yang dibawanya ke dalam sidang Dewan baru-baru ini.

Tindakan menarik balik usul itu terpaksa dilakukan setelah mendapat bantahan besar-besaran dari rakyat Pulau Pinang yang masih lagi waras dan tidak boleh menerima penubuhan Jawatankuasa Transgender tersebut kerana tidak mahu golongan luar tabei ini menjadi perosak masyarakat.

Beberapa hari lepas, Teh telah mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Menurut Lim Guan eng, Teh juga menyedari bahawa untuk usul ini dibahaskan, beliau perlukan seorang penyokong namun tidak ada seorang pun dari Adun Pakataan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang berani menyokong usul itu kerana bimbang mendapat kecaman masyarakat.

Untuk menutup malu di atas tindakan Adun DAP yang secara terang-terangan menyokong golongan LGBT, Setiausaha Agung DAP yang masih lagi belum disahkan jawatanya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), dilihat cuba menyembunyikan pendirian sebenar partinya yang menyokong kewujudan golongan songsang ini dengan menyalahkan media pro Kerajaan kerana mensensasikan isu tersebut.

Sebelum ini, Adun DAP Tanjung Bugah itu pernah membawa usul yang sama melalui exco kerajaan negeri pada Jun tahun lalu, namun usul berkenaan ditolak setelah mendapat kecaman rakyat Pulau Pinang.

Teh juga sebelum ini turut menegaskan bahawa matlamat utama cadangan penubuhan sebuah institut transgender adalah bagi membolehkan penyelidikan yang sepatutnya mengenai komuniti mak nyah dijalankan dengan pemberian jumlah peruntukan tertentu demi kebaikan mereka.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.