Pemimpin UMNO Jangan Perlekeh Usaha Murni PAS, Jika Tidak Sokong Hudud

razali-ibrahim-hudud

Admin: Banyak cekadak dan banyak pula alasanya pemimpin UMNO seorang ini apabila PAS sudah mula menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk menegakkan hukum Allah iaitu Hudud yang akan bermula di Kelantan sebelum diikuti oleh negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Apa salahnya jika usaha murni PAS mahu melaksanakan hukum Hudud ini diberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi dari pemimpin UMNO yang kononya juga memperjuangkan Islam melebihi perjuangan tembolok sendiri.

Alasan kononya PAS  akan berdepan tentangan hebat dari rakan sekutunya dalam Pakatan  dan alasan perlu mendapat persetujuan dari semua kaum baru Hudud dapat dilkasanakan sudah tidak boleh digunapakai lagi.

Jika ada pemimpin UMNO yang gedik mahu mengguna pakai alasan tersebut ia hanya menyerlahkan lagi tahap kebebalan dan ceteknya pemikiran seseorang pemimpin itu bila berdepan dengan sesuatu isu. Sampai kiamat Hudud tidak dapat dapat dilaksanakan jika alasan dangkal seperti ini dijadikan pertimbangan.

Sekiranya ada pemimpin UMNO yang tidak mahu memperjuangkan hukum Allah itu bersama PAS, lebih elok golongan ini diam dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan imej parti  dan memalukan diri sendiri selain membenarkan dakwaan PAS selama ini bahawa UMNO itu kafir dan jahil tentang agama.

Hudud: Pas Bakal Hadapi Kesukaran

MUAR - Pas bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan PKR yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, Pas perlu mendapatkan sokongan 40 Ahli Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Beliau berkata, 30 Ahli Parlimen Pas dan 79 Ahli Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.

"Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. Kalau Pas masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya selepas merasmikan bangunan baru, Hari Keusahawan dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar di sini, petang semalam.

Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli  Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Keputusan itu merupakan susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan yang memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan Hukum Hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun, DAP menerusi Penasihatnya Lim Kit Siang, Ketua Publisitinya Tony Pua serta Naib Presiden PKR N.Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.

Razali berkata, Pas seharusnya bertegas dengan pendiriannya di samping mencari jalan untuk mendapat persetujuan sekutunya kerana sebelum ini mendakwa parti itu sudah dapat 'meyakinkan' DAP tentang ajaran Islam.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, sokongan daripada Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam tidak ramai untuk Pas memperoleh sokongan dua pertiga apatah lagi mereka berfikiran liberal, maka sokongan anggota Parlimen bukan Islam diperlukan.

Razali juga berkata, beliau yakin semua wakil rakyat Umno akan memberi sokongan dan Pas perlu bersedia sepenuhnya daripada semua aspek sebelum melaksanaka hukum hudud, kerana perkara itu turut melibatkan beberapa peraturan dan pindaan undang-undang.   - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.