Bantah GST, 100 Mahasiswa Tidak Sedar Diri Jadi Keldai Ahli Politik

mahasiswa-gst-keldai-politik

Kuala Lumpur - Kira-kira 100 mahasiswa dan anak muda telah berkumpul di hadapan Sogo sekitar jam 12 tengah hari semalam bagi membantah perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan.

Menurut Pengerusi Gerakan Anak Muda Bantah GST (Bantah), Abdul Malik Abd Razak, cukai GST yang baru diluluskan oleh kerajaan pada Isnin yang lalu bakal membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya dari kalangan anak muda.

“Kerajaan telah memilih jalan pintas bagi menyelesaikan hutang Negara dengan mengenakan GST ke atas rakyat, namun pada masa yang sama terus membiarkan masalah ketirisan dan pembaziran terhadap dana awam.

“Penubuhan Bantah adalah manifestasi bantahan anak muda terhadap kerajaan yang terus menekan rakyat selepas kenaikan harga barang keperluan terus meningkat saban hari tanpa sebarang pembelaan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menekankan kerajaan supaya menangguhkan perlaksaan GST sehingga dana negara diurus dengan berkesan.

Pihaknya juga turut menggesa kerajaan supaya menghentikam monopoli dan pemberian kontrak secara langsung, menurunkan cukai pendapatan, menuntut pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah dan menyelesaikan gejala rasuah dalam system pentadbiran negara.
Share on Google Plus

About Jering Daily

4 comments:

  1. Budak2 ni Nampak tak cerdik belajar pun tak habis lagi dak nak tunjuk pandai mak pak suruh belajar tapi depa buat kerja yg menyusahkan diri depa. Maluuuu

    BalasPadam
  2. Semua tu tak boleh masuk U kalau gov tak bagi loan PTPTN. Belajar ekonomi..itu ini. Tapi akhir sekali semua benda

    BalasPadam
  3. nonymous 14 April 2014 07:33

    Semua tu tak boleh masuk U kalau gov tak bagi loan PTPTN. Belajar ekonomi..itu ini. Tapi akhir sekali semua benda nak FREE..!

    BalasPadam
  4. Ekekeke.....kesiannn...

    Kecik2 lg dah kene klentong ama peliwat...

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.