Hudud: UMNO Nasihati PAS Agar Tidak Tunduk Pada Tekanan DAP Dan PKR

Hudud-Umno-Pas
KUALA TERENGGANU – Pas perlu meneruskan hasrat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hukum hudud tanpa tunduk kepada mana-mana parti politik terutama DAP dan PKR.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno Terengganu, Abu Bakar Abd Ghani berkata, Pas juga tidak perlu melayan karenah NGO yang membantah pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Menurutnya, Pas tidak seharusnya melepaskan peluang terbuka luas itu apabila ia turut mendapat sokongan daripada Umno, kerajaan pusat serta NGO Islam lain.

“Oleh itu, Pas jangan tunduk kepada DAP dan PKR, kalau kedua-dua parti itu membantah di Parlimen nanti.

“Ini kerana Karpal Singh dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hilang kerusi dan kuasa masing-masing jika keputusan mahkamah tetap dengan keputusan sebelum ini,” katanya, di sini.

Menurut Abu Bakar lagi, Pas juga tidak perlu berlembut hati dan mengikut keputusan rakan pakatan terutama PKR yang dijangka akan mengalami krisis dalaman yang parah selepas pemilihan parti itu.

Kata beliau, Karpal Singh minggu lalu ada mengingatkan Dewan Rakyat supaya tidak membenarkan usul tersebut diluluskan.

Naib Presiden PKR, N Surendran adalah pemimpin PKR pertama berbuat demikian dengan memberi peringatan kepada Pas bahawa hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Manakala, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula adalah pemimpin kedua yang tampil menentang hasrat Pas itu.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini memberitahu akan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu, sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.