Pelacur Dan Pelanggan Ditahan Ketika Sedang Asyik Berasmara

pelacur-hotel-bajet

Pada malam Sabtu semalam, pihak polis telah menahan 20 wanita warga asing dan tempatan di dua hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah kerana dipercayai terbabit menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan itu.

Menurut laporan DSP Kamal Khan Mohd Shariff daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata, pelacur-pelacur ini  terdiri daripada 11 warga Indonesia dan sembilan rakyat tempatan berumur antara 21 hingga 38 tahun.

Dalam serbuan itu juga, turut ditahan tiga penjaga premis dan ibu ayam serta tiga pelanggan berumur sekitar 20-an hingga 30-an yang sedang leka mendapatkan khidmat pelacur tersebut.

Operasi yang disertai oleh empat pegawai dan 20 anggota dari Bukit Aman ini turut dibantu anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, katanya kepada pemberita.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.