PR Beri Amaran Demo Getah Besar-Besaran di Kuala Lumpur Mei Ini

demo-getah-kl

SHAH ALAM - PR memberi amaran tegas akan mengadakan Himpunan Rakyat pada 1 Mei depan di Kuala Lumpur jika kerajaan BN enggan membela nasib petani susulan kejatuhan harga komoditi getah yang kian membimbangkan.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata amaran pertama sudahpun dilakukan dalam Himpunan Derita Rakyat di Baling pada 5 April lalu supaya pemimpin kerajaan tidak melupakan penderitaan golongan petani yang kini memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan sahaja.

"Tindakan perlu dibuat segera, dan langkah drastik perlu diambil kerana harga getah yang merudum jatuh dianggap menyeksa rakyat.

"Daripada RM2.80, turun pula ke paras RM 2.50 sehingga pernah mencecah RM 1.90 sekilogram, menjadikan pendapatan penoreh getah sekitar RM 500 sebulan," katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, dakwanya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan memburukkan keadaan sedangkan segelintir pengilang getah pula mengaut keuntungan.

Dakwanya jika keadaan itu tidak dibendung, jumlah fakir miskin akan terus bertambah sekali gus melebarkan jurang antara golongan miskin tegar dan golongan elit.

"Membiarkan mereka terkial-kial dengan keadaan semasa meramaikan lagi golongan fakir miskin dan menjarakkan jurang yang lebih jauh antara golongan miskin tegar dengan golongan kaya raya di negara ini.

"Para peneroka juga perlu diberi bantuan khas agar hidup mereka terbela. Mereka bukan warga kelas kedua, mereka adalah rakyat yang berhak mendapat kemudahan dan keselesaan sama seperti warga negara yang lain," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. dekat baling dah buat himpunan ...derita rakyat pasal harga getah jatuh merudum dan penoreh ada yang mati tak makan konon....bila berhimpunan kebanyakkan penoreh getah di baling bukankurus kering tak makan 3 hari yang ramai ada yang boroi dan derita obesity melampau....bukan tak makan rupa rupa nya kuat melantak...dan pemimpin yang detang pulak pakai berucap memandu BMW, Merz dan paling cikai pun Toyota Camry....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.