Mangsa Culik Warga China Diprcayai Ditahan Di Pulau Selatan Filipina


SEMPORNA: Dua wanita asing yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf dari resort Singgahmata di sini sedang ditahan di sebuah pulau di selatan Filipina dan masih hidup serta berada dalam keadaan baik.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata berdasarkan risikan, kedua-dua mereka, seorang warga China, Gao Huayun, 29, dan seorang pekerja resort Filipina Marcy Darawan berada dalam keadaan 'baik'.

Esscom, katanya, telah mengenal pasti lokasi di mana kedua-dua tebusan ditahan serta identiti penculik.

Salah seorang penculik dipercayai turut terlibat dalam penculikan seorang wanita Taiwan pada 15 November di Pulau Pom Pom.

"Mereka yang selebihnya dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan di pulau Sipadan (21 orang) pada tahun 2000," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

"Kami percaya kumpulan 'culik untuk tebusan' ini aktif dan agresif di selatan Filipina," kata Mohammad sambil menambah masyarakat tempatan Filipina berkemungkinan telah menyediakan maklumat kepada kumpulan lelaki bersenjata terbabit.

Mohammad berkata, 15 pekerja asing di resort telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Katanya, Jabatan Imigresen telah diarahkan untuk menjalankan siasatan penuh dan mengambil tindakan termasuk mengenakan tindakan terhadap pengendali resort kerana mengambil pekerja warga asing tanpa dokumen sah.

"Kita tidak boleh berkompromi lagi. Kami telah memberi nasihat dan peringatan yang mencukupi untuk semua pengendali di kawasan itu namun begitu ramai yang enggan mematuhinya," katanya.

Mohammad berkata sebelum kejadian pada Rabu, pasukan keselamatan telah berjaya menggagalkan percubaan lima bot yang mahu masuk ke dalam Semporna pada 26 Mac.

"Kehadiran tentera kita di kawasan itu berjaya menghalang empat daripada bot daripada memasuki perairan Semporna," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jika bot yang kelima itu yang digunakan dalam kejadian di resort Singgahmata.

Sumber: Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.