Hudud: Antara Buku Jingga & Kitab Suci al-Quran, Yang Mana Satu Panduan PAS?

buku-jingga

Admin: Peringatan DAP terhadap PAS supaya merujuk kembali Buku Jingga sebelum berangan-berangan mahu melaksanakan hukum Hudud seolah-olah memberi gambaran pada kita semua bahawa buku itu lebih mulia dan tinggi darjatnya melebihi kitab suci al-Quran yang dijunjung oleh setiap ahli PAS selama ini.

Penentangan kaum kafir seperti DAP dan PKR terhadap perlaksanaan hukum Hudud yang ingin dilaksana PAS ini, semuanya berpunca dari sikap pemimpin dan ahli parti Islam itu sendiri. Sebelum ini PAS juga lah yang mengangkat martabat Buku Jingga setinggi-tingginya sehingga sanggup mengenepikan matlamat utama penubuhan parti itu kerana kuasa serta kegilaan yang tak pernah surut untuk menumbangkan musuh politiknya.

Setelah kematian Karpal Singh, kini Buku Jingga pula akan menjadi halangan utama bagi PAS untuk melaksanakan hukum Allah itu. Sanggupkah PAS membakar Buku Jingga dan kembali semula ke pangkal jalan sebelum tersesat lebih jauh dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan?

DAP Mahu Pas Rujuk Semula Buku Jingga

IPOH - Pas disaran kembali memberi fokus penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti komponen PR sebelum ini.

Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Nga Kor Ming berkata, penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar Pas yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, pada 1998 Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam, tetapi negara sekular yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan. Malaysia juga adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan,” katanya pada sidang media, semalam.

Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, parti itu tetap menghormati pendirian Pas khususnya dalam memperjuangkan syiar Islam di negara ini.

Namun katanya, Pas perlu memberi fokus kepada penubuhan Negara Berkebajikan seperti yang telah dipersetujui bersama sebelum ini.

“Pas perlu kembali kepada konsep penubuhan Negara Berkebajikan ini kerana secara tidak langsung ianya akan menambah sokongan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini selaras dengan slogan ‘Pas Untuk Semua.’

“Lagipun, ianya selaras dengan Islam itu yang jelas sebagai agama yang adil dan mementingkan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Ahli Parlimen Taiping itu juga bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

Katanya, pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan memerlukan suara majoriti di Parlimen untuk pelaksanaannya.

“Apa pun, kita akan tetap teruskan kerjasama kita dengan Pas dan PKR atas platform PR, dan kita harap Pas tidak akan terpengaruh dengan perangkap Umno yang sengaja menimbulkan isu hukum hudud ini,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Nampaknya tutup mulut pula si Hadi Awang. Keciannnn

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.