Nasib 1.7 Juta Pemohon BR1M 3.0 Yang Belum Dapat Wang Bantuan Diketahui Minggu Depan

Husni-Br1m

Admin: Apalah nasib penulis agaknya....

Ipoh: Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang nama mereka dalam senarai semakan akan mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan itu minggu depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemohon berkenaan terdiri daripada 1.2 juta pemohon baru BR1M 3.0 manakala selebihnya pemohon BR1M 2.0.

Beliau berkata, proses semakan terhadap kelayakan permohonan berkenaan yang berakhir hari ini terpaksa dibuat sebelum ini berikutan pelbagai masalah membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.

"Hari ini proses semakan tamat dan minggu depan sama ada layak atau tidak akan dimaklumkan melalui surat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi bersama penduduk di pekan Tambun di sini hari ini.

Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.