Anwar Mengaku Kenal Kapten Zaharie Setelah Penipuan Wan Azizah Terbongkar

mh370-wan-azizah-menipu

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya.

"Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini," katanya Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

"Bagaimanapun, untuk mempolitikkan perkara itu bukan perkara betul. Kita harus menghormati keluarganya dan berdoa untuk mereka tanpa membuat sebarang dakwaan sehingga siasatan selesai," jelasnya.

Anwar turut mengaku bahawa Zaharie merupakan penyokong tegar pembangkang dab beliau pernah menemui juruterbang itu beberapa kali dalam majlis parti.

"Saya bukan jenis yang menyembunyikan diri daripada bertemu dengan orang ramai, Saya pernah bertemunya sekali dua tetapi tidak ingat berapa kali sebenarnya," tambah beliau.

Anwar selain itu turut mengecam blogger yang didakwanya pro-Umno kerana dikatakan cuba mencemari reputasi Zaharie walaupun ramai berpendat bahawa juruterbang itu seorang yang baik dan memperjuangkan keadilan.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Zaharie telah 'membunuh diri' berikutan hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau sebelum ini, anwar memberitahu, ia perkara yang tidak logik kerana ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan.

"Saya percaya, sebanyak 90 peratus pemandu teksi yang menyokong saya juga tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Tetapi mereka tidak membuat rampasan teksi ketika ke Kajang," Anwar berseloroh.

Sebelum ini, Anwar dipetik oleh Akhbar South China Morning Post sebagai berkata " Saya tidak ingat nama ( Zaharie ), tetapi apabila gambarnya ditunjukkan, saya teringat pernah melihat dia dalam mesyuarat parti."

Katanya, tiada hubungan peribadi antara dirinya dengan Zahrie tetapi juruterbang terbabit merupakan salah seorang daripada pengikut Tweeternya.

Satu laporan Daily Mail pula pada Ahad telah mengaitkan Zaharie dengan penasihat PKR itu.

MStar
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Pirah.... sial punya anwar... sembang bikin bimbang... dah kata mcm2 pasai MH370, abis tu suruh org lain lak HORMATI PERASAAN KELUARGA PAKCIK MENANTUNYA.. Sedap punya mengata, apa punya jenis manusia tah... Ya Allah, pada Mu jua kami mohon perlindungan dari anasir2 yang merosakkan Kedaulatan, keamanan, kesejahateraan Malaysia dan jauhi kami dari fitnah DAJAL serta pengikut2nya yang buta fikiran hingga sanggup agamanMU Ya Allah.. dihina dan dicerca. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas apa jua memperkenankanlah doa kami..AMIN..

    BalasPadam
  2. PEMIMPIN2 PR DAN ULAMA2 PAS MMG MUDAH KELUAR KATA2 YANG MERUNTUN JIWA DAN PERASAAN KELUARGA MANGSA MH370. SEBABNYA MUNGKIN TIADA IBU ATAU AYAH ATAU IBU ATAU ANAK ATAU SUAMI ATAUPUN ISTERI MEREKA DALAM PESAWAT MH370... RENUNG2 KAN LA....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.