Admin: Demi kuasa dan pengaruh terdapat segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja. Itulah yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sekarang asalkan matlamatnya tercapai.
Pada tanggal 16 Feb 2014, Anwar telah dijadualkan memberi tazkirah ringkas di Gereja Holy Family, Kajang. Program ini adalah sebahagian daripada agenda PKR dalam siri kempen pilihan raya kecil Dun Kajang.
Tindakan Anwar yang sanggup 'mencemar duli' masuk ke dalam gereja semata-mata mahu berkempen untuk meraih undi dari penganut Kristian dilihat sebagai satu tindakan terdesak.
Tindakan terdesak Anwar sanggup masuk ke dalam gereja bagi meraih sokongan ini memberi gambaran bahawa dirinya masih tidak berkeyakinan akan menang dalam pertandingan PRK Dun Kajang sampai terpaksa memohon 'restu' dari pihak gereja.
Tazkirah di masjid sudah, di gereja pun sudah. Agak-agaknya bila calon PKR untuk DUN Kajang ingin membuat tazkirah di kuil dan tokong? Bukankah kaum India dan China juga ada hak untuk mendengar nasihat dan kata-kata pedoman Anwar Ibrahim mengenai tolenrasi beragama?
Lagi foto menarik Anwar masuk gereja di sini
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.