Admin: Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Penulis harap kepada semua penyokong bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dapat mengawal emosi masing-masing dan jangan mudah termakan dangan provokasi yang dibuat oleh pihak tertentu yang begitu cemburu dengan kehebatan kita.
Bola itu bulat...Luaskan Kuasamu Johor!
Kuantan: Polis menahan seorang penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) di perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, kerana melakukan provokasi dan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata sebelum itu sekumpulan penyokong JDT membuat laporan kerana mendakwa dipukul dan dibaling objek keras oleh penyokong tuan rumah ketika berada di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Himpit motosikal "Ketika laporan dibuat, kira-kira 200 penyokong Tok Gajah menunggu di luar IPD Pekan kerana tidak berpuas hati kononnya bas yang membawa penyokong JDT menghimpit motosikal yang dinaiki hingga ada di antara mereka mengalami kecederaan.
"Polis bertindak pantas dengan mengawal keadaan bagi memastikan tiada pergaduhan berlaku membabitkan kedua-dua penyokong. Polis juga meminta mereka bersurai jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.
"Bagaimanapun, seorang penyokong JDT berusia awal 20-an ditahan kerana mengingkari arahan dan melakukan provokasi kepada penyokong Pahang. Dia kemudian dibebaskan awal pagi semalam," katanya.
Berita Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.