Admin: Bak kata pepatah..ada tak menambah, tak ada pun tak akan berkurang malah lebih ramai orang setuju dengan perletakan tersebut.
KUALA LUMPUR 8 Feb. – P. Waytha Moorthy mengesahkan beliau akan
meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
serta sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 10 Februari ini.
Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu
(Hindraf) berkata, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun
beliau belum menerima sebarang maklum balas.
Katanya, beliau membuat keputusan itu kerana menganggap jawatan di
dalam kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf
kehidupan kaum India yang miskin di negara ini.
“Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan
bersama yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Hindraf,”
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.