SHAH ALAM: Serbuan dan rampasan yang dijalankan oleh Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia tidak salah
kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan, kata Exco Hal
Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Sallehin Mukhyi.
"Ia selaras dengan prosedur operasi standard semasa Jais tetapi kita
akan membuat beberapa perubahan terhadapnya," kata Sallehin .
Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS itu berkata demikian kepada media
selepas mesyuarat dua jam dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence
Andrew di sini Selasa.
Turut hadir mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar.
Sallehin juga berkata kerajaan negeri berada sepenuhnya di belakang
titah Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam daripada
menggunakan kalimah Allah.
Tambahnya Selangor akan mengambil pelbagai langkah seperti mewujudkan
platform bagi mengadakan dialog antara agama untuk menyelesaikan
isu-isu agama berkaitan secara baik.
Dalam sidang akhbar yang sama, Lawrance berkata kenyataannya
mengenai kalimah Allah berkisar kepada Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan yang memberikan kebebasan beragama.
"Setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal agamanya
sendiri. Agama lain tidak boleh masuk campur dan memberitahu satu lagi
agama apa yang perlu dilakukan," katanya.
Charles berkata, Bible disita oleh Jais telah diluluskan dan dicop oleh Kementerian Dalam Negeri.
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.