Pasangan Mati Berbogel Terhidu Gas Beracun Dalam Kereta

seks-dalam-kereta
IPOH: Seorang pengurus jualan perkakasan logam dan seorang wanita dijumpai mati, kedua-dua dalam keadaan berbogel, di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini Jumaat malam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, mayat mangsa yang masing-masing berusia 58 dan 51 tahun ditemui isteri pengurus jualan berkenaan di bahagian hadapan kereta Proton Wira biru di garaj premis perniagaan itu dengan enjin kenderaan itu masih berfungsi.

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian Jumaat malam, beliau berkata pada pukul 7.55 malam, si isteri datang ke balai polis berhampiran untuk melapor suaminya tidak pulang ke rumah sejak Khamis lepas.

Sejam selepas itu si isteri dan beberapa anggota keluarganya pergi mencari mangsa di premis perniagaannya yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber.

Isteri mangsa kemudian ternampak asap keluar dari bahagian garaj kedai sebelum mengumpil pintu 'roller shutter' untuk masuk ke dalam premis tersebut, kata Paramasivam.

"Sebaik sahaja memasuki premis berkenaan, si isteri menjumpai suaminya serta seorang wanita yang tidak dikenalinya di dalam kereta," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian juga mendapati kereta Proton Iswara Aeroback hijau dipercayai milik mangsa wanita terbabit berada di luar premis perniagaan itu.

Selain itu, siasatan awal juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh kedua-dua mangsa, kata Paramasivam.

Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan meneliti laporan bedah siasat untuk melihat sama ada ia kejadian bunuh atau bunuh diri, katanya.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Siannya org yg mati tanpa Kalimah La ilaha illAllah.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.