Rakyat Singapura Lebih Selesa Hidup Tanpa Agama?

rakyat-singapura

Singapura: Bilangan rakyat Singapura yang tidak beragama meningkat sekali ganda kepada 17 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Ini didedahkan oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Lawrence Wong di sini kelmarin.
 
Beliau yang juga Menteri Kanan Kabinet, berkata pada masa sama, semakin ramai warga Singapura menunjukkan kecenderungan kepada agama utama iaitu Islam, Kristian, Taois, Buddha dan Hindu.

Lawrence membincangkan perkara itu ketika bercakap pada sidang media bersama wartawan sempena program lawatan wartawan ASEAN ke Singapura kelmarin.

Beliau memberitahu, majoriti rakyat republik itu yang tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa agama adalah golongan muda.

Belia tanpa agama

“Kami percaya keadaan ini disebabkan keinginan mereka menjalani kehidupan sebagai warga negara ini, tanpa dikaitkan dengan mana-mana agama,” katanya.

Lawrence berkata, kerajaan percaya bahawa agama mampu mewujudkan kebaikan dan kami mengalu-alukan semua kegiatan pertubuhan agama untuk menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat di Singapura," katanya.

Lawrence berkata, Singapura mahu mewujudkan keharmonian agama dalam kalangan rakyatnya dan setiap orang bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

“Jika ada yang berkata mereka tidak menganut apa-apa kepercayaan, mereka masih mempunyai hak sebagai rakyat dan hak mereka tetap dilindungi.

Patuh undang-undang

“Apa yang penting mereka tidak melanggar undang-undang atau membuat kenyataan menyentuh sensitiviti agama lain,” katanya yang menambah, Singapura akan kekal sebagai kerajaan sekular.

Lawrence juga memberitahu, republik itu belum menjalankan sebarang kajian mengenai kesan kehadiran kelompok tidak beragama di republik itu.
 
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Tentu ramai yg suka hidup bebas tanpa sekatan, tanpa batasan, buat apa suka ikut kehendak hati, hinggalah.....
    -Hidup menghadapi tekanan dan permasalahan
    -Bala dan malapetaka menimpa
    -Segalanya sudah dirasa dan dicapai, rasa kekosongan
    -Kematian mendekat
    -Malaikat maut datang menyapa
    Hanya Islam memberi jawapan !

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.