Pelacur Di Negeri 'Serambi Mekah' Lebih Islamik Dari Negeri Lain Kerana Bertudung

pelacur-bertudung-serambi-mekah

Memang dahsyat! Hanya di Kelantan sahaja para lelaki berhidung belang boleh mendapatkan khidmat pelacur bertudung. Pelacur yang menutup aurat ini memang payah kita nak jumpa di tempat lain seperti di bandar besar, Kuala Lumpur.

Kegiatan pelacuran yang berlaku di negeri yang terkanal dengan jolokkan Serambi Mekah ini bukan lah perkara baru. Sejak PAS mula memerintah Kelantan aktivti maksiat ini semakin berkembang biak dan apa yang lebih mengejutkan sarang-sarang pelacuran ini berada tidak jauh dari pejabat Menteri Besarnya.

Pendedahan mengenai pelacur bertudung yang bersepah di Kelantan ini adalah satu lagi bukti kejayaan Nik Aziz dalam proses mentarbiyah rakyatnya. Kerana ingin menerapkan nilai-nilai islamik dalam gaya hidup rakyat Kelantan, pelacur yang menjalankan aktiviti maksiat di negeri itu pun kena bertudung.

Agak-agaknya lah, masa dia orang berzina ada baca doa ke tidak?

Anwar al Juburi | JERING Daily

KOTA BHARU: Pendedahan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masih wujudnya kegiatan tidak bermoral di Kelantan membuktikan negeri itu bukanlah sebuah negeri yang sempurna dan bebas masalah itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jolokan Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan bukan bermakna negeri itu tidak menghadapi masalah moral yang sepatutnya tidak berlaku.
 
"Sekiranya benar laporan itu, ia sesuatu yang mendukacitakan dan kerajaan Kelantan telah gagal menjadikan negeri ini sebagai Serambi Mekah dan rakyat Kelantan perlu membuka minda dengan keadaan itu," katanya kepada pemberita di pejabat UMNO Negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Sunday Times hari ini yang bertajuk 'Kelantan After Dark' yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepatutnya pihak berkuasa tempatan berusaha mengatasi kegiatan itu dalam usaha memulihkan imej Kelantan terutama sebagai negeri yang dipimpin Islam.

Beliau berkata, lebih mengecewakan lagi apabila laporan itu mendedahkan kegiatan tidak bermoral itu berlaku kerana disebabkan masalah kewangan.

"Jadi ini jelas ia membabitkan isu ekonomi, yang menyebabkan berlakunya maksiat di kalangan golongan ini dan kerajaan PAS Kelantan harus pastikan anak muda di negeri ini ada pembelaan serta masa depan terutama dengan menyediakan peluang pekerjaan," katanya. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Salam Perjuangan, mohon Pautkan blog Sy www.aktiviskepayangjr.blogspot.com Kepautan Blog Sdra.. Blog Sdra Telah Lama Sy Pautkan..tq

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.