KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak
dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada
pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang
mampumelaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan
serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.
"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak
kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.
"Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda,
baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada
program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini, Ahad.
Muhyiddin berkata, Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala
tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional
(BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan,
berkataprestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang
cuba mempengaruhipengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua
dan perlu diubah.
"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua.
Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi
berpengalaman," katanya.
Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang
kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan
Kelantan.
Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad
Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu
pengajaran kepadasemua.
Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana
dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba
menghancurkannya.
"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu
bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan
melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.
"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita
yangsanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab
itulah kitaharus menghargai keamanan ini," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno,
Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.