Kritik FAM, TMJ Kena Gantung 6 Bulan

fam-disiplin

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 keseluruhan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Denda tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak selepas Mesyuarat Khas Ke-35 Jawatankuasa Tataterbit pada Jumaat.

Taufik berkata, selepas meneliti segala pertuduhan terhadap Tunku Ismail, pihak Jawatankuasa Tatatertib bersetuju membuat keputusan berkenaan.

"Pertuduhan melanggar Artikel 88, dan di atas pengakuan bersalah Tunku Ismail, pihak kami menjatuhkan hukuman denda digantung 6 bulan daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak yang berkaitan serta denda sebanyak RM8,000.

"Pertuduhan kedua, Tunku Ismail didenda sebanyak RM10,000 berdasarkan kod tatatertib 6.2.2, tanpa kebenaran mengkritik dan menghina FAM," jelasnya pada sidang media di sini.

Keputusan FAM itu dibuat ekoran tindakan Tunku Ismail mengkritik dan meluahkan perasaan tidak berpuas hati mengenai mutu pengadilan Liga Malaysia yang ditakrif berada di tahap amatur dan tidak berkualiti.

tmj-kritik-famSebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu.

Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.

Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin RajaOmar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi 'mangsa' hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.

Selain itu, Taufik juga turut mengumumkan hukuman denda terhadap Johor Darul Takzim sebayak RM10,000 kerana adanya pembakaran suar pada minit ke-54 ketika aksi Liga Super di antara JDT dan Negeri Sembilan baru-baru i ni.

"Hukuman kedua pula terhadap pasukan itu berkaitan dengan keselamatan dan dijatuhkan hukuman RM20,000.

"Kesemua hukuman yang dijatuhkan ini tidak boleh dirayu kerana ia adalah hukuman minimum," tambahnya.

Seumber: Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.