Anwar Makin Terdesak, Guna Helah Lubang Kunyit Untuk Selamatkan Diri

anwar-lubang-kunyit

Setelah segalanya hampir terbongkar siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, tiba-tiba negara dikejutkan pula dengan pengakuan bapa Saipul Bukhari kepada media bahawa pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar tidak lama dulu adalah konspirasi terancang dan didalangi oleh pihak tertentu.

Banyak pihak mempersoalkan kenapa dengan secara tiba-tiba bapa Saipul membuat permohonan maaf  terhadap Anwar Ibrahim disaat hampir tibanya PRU13. Dalam sidang media yang diadakan itu juga tiada kelihatan kelibat Saipul Bukhari duduk bersama bapanya? Ini menimbulkan lagi keraguan di hati  rakyat terhadap pengakuan yang dibuat itu seolah-olah telah dirancang dan mempunyai agenda tertentu.

Menurut sumber,  keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya telah menghilangkan sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah "mengugut" beberapa pemimpin UMNO untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul di pentas parti Keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari ini dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri.

bapa-saipul-uturn

Pendapat lain juga mengatakan bahawa tindakan bapa Saipul muncul di media dengan membuat permohonan maaf ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, Tian Chua dari terus dikecam oleh rakyat Malaysia yang sekarang ini begitu marah dengan tindakan mereka  berdua yang menjadi dalang utama pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sehingga menyebabkan beberapa orang anggota keselamatan negara terkorban.

Dalam sidang medianya petang tadi, Saipul Bukhari sempat mengingatkan Anwar Ibrahim agar bertaubat dan memberi amaran supaya tidak melibatkan ahli keluarganya semata-mata untuk mencapai matlamat politiknya iaitu untuk menjadi Perdana Menteri dan menggap perbuatan ketua Pembangkang itu sebagai tindakan terdesak yang amat jijik sekali.

Sebenarnya, tidak sukar bagi rakyat untuk menilai isu ini, kecuali bagi mereka-mereka yang telah buta kerana memuja Anwar Ibrahim. Anwar juga tidak boleh mengalih perhatian rakyat dari isu panas pecerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu yang mengaitkan dirinya sebagai dalang utama.

Biar berapa banyak wang yang telah dilaburkannya untuk sesiapa sahaja yang ingin membuat U-Turn mengenai apa jua isu yang berkaitan dirinya. Isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah adalah isu nyawa rakyat dan kedaulatan negara yang perlu menjadi fokus paling penting untuk kita semua. Jangan sesekali mudah terperdaya dengan segala  helah yang dicipta Anwar dan Pakatan Pembangkang yang kini berada dalam keadaan sangat terdesak apabila kebenaran semakin terbongkar. Berwaspada lah dengan tipu daya Syaitan yang sentiasa berharap agar umat Islam sentiasa berada dalam kekeliruan dan kesesatan.

Anwar al Juburi | Jering Daily.com
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.