Nik Aziz Beri 'Lesen Besar', Boleh Jual Murah Ayat Suci al-Quran Dalam Kempen PRU13


Geleng kepala penulis apabila terbaca geasaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat agar setiap penceramah politik parti itu dalam kempen pilihanraya akan datang menggunakan  ayat-ayat al-Quran yang sesuai bagi tujuan memancing undi.

Mungkin inilah tanda-tanda seperti yang disebut dalam kitab bahawa diakhir zaman nanti akan muncul golongan pemuka agama menjual kalimah-kalimah Allah yang terkandung dalam al-Quran semurah-murahnya semata-mata ingin meraih keuntungan dunia.

Gesaan Nik Aziz ini  boleh dibarat sebagai lesen besar bagi penceramah-penceramah PAS menggunakan ayat suci al-Quran sewenang-wenangya semasa berlangsungnya kempen PRU13 nanti.

Apa yang paling dikhuatiri ialah ayat-ayat al-Quran ini akan disalah guna dan disalah erti bagi menjatuhkan musuh politik dan juga boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat kerana yang menyampaikan ayat-ayat suci tersebut belum tentu faham sepenuhnya maksud ayat yang disebutnya.

Seperti kelazimanya bagi yang biasa mengikuti ceramah-ceramah yang dianjurkan PAS, hanya pada awalan mukadimah sahaja kita diperdengarkan dengan bacaan lunak ayat suci al-Quran, apabila sampai di pertengahan, habis segala caci maki, nista terhabur keluar dari mulut penceramah yang masih lagi melakat kupiah putih di kepalanya.

Pendekatan cara begini yang akan digunakan PAS dalam kempen politiknya wajar ditolak oleh orang Islam di Malaysia demi menjaga kesucian agama Islam agar tidak dicemari oleh manusia-manusia rakus yang terlalu gilakan kuasa. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada golongan pemuka agama ini agar sedar dan insaf terhadap perbuatan mereka.

DUNGUN
– Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam.

“Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin.

Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa - Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.