Jangan Terkejut! Rozita Che Wan Tidak Kisah Didampingi 'Bapak Ayam'


Harap tidak ada yang salah faham dengan tajuk artikel di atas.  Apa yang penulis maksudkan dengan 'Bapak Ayam' ialah watak yang dipegang oleh Shah Iskadar dalam satu drama bersiri yang disiarkan pada setiap hari Jumaat malam di TV3.

Secara jujurnya penulis sangat meminanti cerita tersebut yang bertajuk "Runtun Qalbu". Biarpun hanya drama bersiri, namun penulis tidak pernah ketinggalan menontonya.

Tak rugi bagi anda yang telah menonton cerita sejak dari mula hingga ke episod terkini kerana jalan ceritanya yang sangat menyentuh perasaan dan juga memberi pengajaran.

Sebenarya, penulis tidak berminat hendak mengulas berkenaan gosip-gosip yang mengaitkan Rozita Che Wan ini kerana sudah naik jelak mendengar ceritanya di majalah hiburan tempatan. Tapi kalau si Janda jelita ini dikaitkan dengan penulis lain pula ceritnya (mudah-mudahan).

Apa-apa pun gosip yang melanda, penulis memang tabik dengan mutu lakonan dia orang berdua. Tidak kira belakin drama atau filem, pasti ramai yang tertarik untuk menontonya. Penulis doakan semoga Shah Iskandar dan juga Rozita Che Wan ters berjaya dalam kerjaya lakonan masing-masing.


Mohon kepada pelayar blog JERING Daily untuk LIKE kami di Facebook

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar mengakui berasa selesa berdampingan dengan aktres Rozita Che Wan kerana sikap wanita itu yang ceria dan berfikiran positif.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, berkata, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya.

"Saya senang dengan sikap Rozita yang kelakar dan peramah. Dia menceriakan suasana ketika di lokasi penggambaran dengan kelucuan dan kemesraannya.

"Kebetulan pula, kami terlibat dalam tiga projek bersama, secara tidak langsung hubungan bertambah rapat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Menerusi mStar Online pada 23 November lalu, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin.
Rozita Che Wan

Diusik mengenai perkembangan hubungan itu, Shah berkata, keintiman mereka bagaimanapun hanya berlaku di lokasi penggambaran dan tidak berlanjutan sehingga ke luar.

"Memang kami rapat ketika bekerja di lokasi tetapi saya tidak terfikir sampai ke tahap untuk mengajak dia keluar.

"Setakat ini, kami tidak pernah keluar bersama. Apabila membincangkan mengenai gosip ini kami tergelak kerana nama saya pula sudah termasuk dalam senarai lelaki yang dikaitkan dengannya," katanya.

Aktor yang berasal dari Singapura itu berkata, dia menghadapi gosip tersebut dengan tenang biarpun terus dihujani pelbagai persoalan mengenai cerita itu.

"Ini kali pertama saya terkena gosip begini dan kebetulan pula dengan Rozita."Namun, saya tiada masalah dan tenang sahaja hadapinya walaupun rakan-rakan dan keluarga ada bertanya mengenai kesahihan gosip itu," katanya.

Terbaru, Shah sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra untuk RTM - Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.