Dr Ariffin SM Omar Labelkan Mejoriti Penjawat Awam Melayu Pengamal Rasuah


KOTA TINGGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan naib pengerusi baharu DAP Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam merupakan satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman.

"Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.

"Kesatuan perkhidmatan (awam) kerajaan tentu rasa kecewa dengan kenyataan ini. Tetapi sudah memang perangai (DAP) begitu, kalau parti itu cauvinis, datang dari mulut siapa pun di kalangan pemimpin mereka menjelmakan hakikat sebenar," katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ariffin itu walaupun beliau seorang Melayu.

DAP katanya, sememangnya bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehinggakan veteran dan anggota Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

"Mungkin Kit Siang rasa agak apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta orang Melayu dalam parti itu supaya membuka mata dan sedar tentang hakikat penyertaan mereka dalam DAP adalah sia-sia. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Dah namanya pun Melayu barua DAP, kerja pun mesti menampakkan ciri-ciri dan sifat-sifat seorang barua. Baru boss Pastor Joseph Lim Guan Eng puji.

    Si Zairil tu bila nak kutuk Melayu plak, tak gempaklah kalau tak tonjolkan ciri-ciri barua DAP.

    BalasPadam
  2. Kalau tengokkan muka 2 barua dikiri kanan guan eng tu serupa bukan melayu jee..weii melayu..jangan dok kata orang lain tapi tengok saja diri sendiri dapat jawatan tu bukan ke cara rasuah dan bukan ikut undian..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.