Gelaran 'Haramjadah' Kekal Milik 8 Peneroka Felda Pro Pembangkang


"Haramjadah betul Najib!" Mungkin itulah kata-kata yang terhambur keluar dari mulut 8 orang peneroka Felda pro Pembangkang apabila tuntutan saman mereka terhadap Perdana Menteri ditolak oleh mahkamah.

Sudah jatuh, ditimpa buah kelapa sawit pula, itulah perumpaan baru yang sesuai untuk mengambarkan keadaan 8 orang peneroka itu setelah pihak mahkamah mengarahkan mereka membayar gantirugi kepada pihak defendan.

Mana nak cekau duit pakcik! Inilah akibatnya jika mengikut telunjuk Pembangkang tanpa berfikir panjang bahawa diri sendiri sedang diperguna oleh pihak lain. Penulis yakin tidak ada mana-mana pihak dari Pakatan Pembangkang akan membantu membayarkan duit gantirugi tersebut.

Dengar khabarnya sekarang ini ada pihak yang cuba mengahsut 8 orang peneroka Felda itu pergi membuat rayuan terhadap tuntutan saman mereka di Mahkamah Rayuan. Sudah tentu sekali lagi ia melibatkan kos guaman yang tinggi kali ini.

Beruntunglah kepada sisapa sahaja yang menjadi peguam kepada 8 orang peneroka ini sekiranya kes ini dibawa ke peringkat seterusnya. Hanya kerana perkataan 'Haramjadah' yang tidak ditujukan kepada sesiapa pun melainkan siapa yang makan cili, peneroka-peneroka ini sudah rugi beribu ringgit. Ini baru betul-betul haramjadah namanya.

Cakap banyak pun tak guna, cuma penulis ingin nasihatkan kepada '8 Peneroka Haramjadah' ini agar berhenti mengikut telunjuk pembangkang. Apa untungnya yang akan kita dapat dengan mengikut telunjuk askar upahan dajal ini? Lagi kena keluar duit ada lah.

Untung Najib Razak, dengan hanya membuat kiasan 'Haramjadah' sudah dapat RM24,000 dari 8 orang peneroka Felda yang mudah terasa diri mereka memang haramjadah.

Mohon kepada pelayar blog JERING Daily untuk LIKE kami di Facebook
 
TEMERLOH -
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya semasa mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, 8 Mei lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu.
  
Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah.
  
Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
  
"Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya.

Pada 7 Ogos lepas, tujuh lelaki dan seorang wanita peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka melalui The Law Office of Mohd Harris.

Mereka ialah Samat L.Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Syed Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.

Mereka mendakwa ucapan di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.

Mereka berkata ucapan itu juga telah disiarkan di media massa dan media elektronik dan mereka menuntut ganti rugi am, khas, teruk, faedah dan juga kos.

Perdana Menteri pada 24 September lepas telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha atas alasan writ saman itu adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana plaintif tiada kuasa tindakan terhadap defendan, selain ianya tidak merujuk dan/atau mempunyai kaitan kepada defendan.

Beliau juga berkata saman itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah suatu kegagalan yang mandatori dan menjadikan tuntutan mereka harus dibuang secara in limine.

Peguam Mohd Harris Abdullah yang mewakili peneroka felda itu memberitahu media bahawa beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Sementara itu, di luar mahkamah lebih 600 peneroka felda Wilayah Jengka yang menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".  - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.