Nik Aziz Tekad Mahu Mengislamkan UMNO Hingga Ke Liang Lahad

 
Tidak kira dari BN atau PR, ramai yang menyambut baik hasrat Nik Aziz untuk terus bertanding dalam PRU13 akan datang dan penulis percaya tidak ada seorang pun yang dengki dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am Pas ini.

Biarpun keadaan Nik Aziz sekaran ini semakin dimamah usia dan sering mengalami keuzuran, sokongan padu harus diberikan kepadanya agar dapat terus memegang jawatan untuk beberapa penggal lagi.

Harapan PAS untuk terus berkuasa di Kelantan semua sekali kini terletak dibahu Nik Aziz seorang. Ini kerana dalam kepimpinan PAS Kelantan tidak ada seorang pun calun yang layak untuk mengetuai tampuk pentadbiran negeri sekiranya PAS ditakdirkan kekal memerintah negeri itu.

Apa-apa pun, penulis ucapkan 'good luck' kepada Nik Aziz kerana tidak pernah patah semangat dan berputus asa untuk mengislamkan UMNO mengikut cara Islam acuan PAS. Lagi satu sebelum terlupa, jangan tak pakai pampers bila hendak ke pejabat atau memberi ceramah, jenuh kami ahli PAS hendak mencuci najis yang ditinggalkan bersepah-sepah.

Mohon kepada pelayar blog JERING Daily untuk LIKE kami di Facebook

KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.

Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.

"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.