Skuad Harimau Malaya Kecundang, 'Ayam Thai' Jadi Mangsa Tempat Lepas Geram Peminat


Sekarang baru tahu, kerja menjinakkan 'Ayam Thai' di rumah persundalan lebih mudah dari menundukkan 'Gajah Putih' di atas padang. Kekalahan 2-0 di tangan Thailand malam tadi bermakna berkahir sudah kempen pasukan Malaysia dalam mempertahan serta memburu kejuaraan buat kali kedua dalam perlawanan merebut piala AFF Suzuki bagi musim 2012.

Walau sedikit kecewa dengan kekalahan pasukan Malaysia dalam perlawanan timbal balik ditempat lawan bagi menentukan pasukan mana yang layak untuk mara ke final bertemu Singapura nanti, namun penulis redha dan dapat menerimanya dengan hati terbuka bahawa kalah atau menang adalah adat dalam pertandingan.

Pelbagai reaksi menjelma dari peminat bola sepak tanah air setelah melihat kekalahan skuad Harimau Malaya. Ada yang marah, kecewa, bengang dan tak kurang juga ada yang suka dengan berita kekalahan ini.

Memang tidak adil sekiranya kekalahan Malaysia kesalahanya diletakkan di bahu jurulatih, Datuk K Rajagobal seoarang sahaja tanpa mengambil kira mutu persembahan dan corak permainan hambar yang ditanjolkan oleh pemain kebangsaan.

Ramai yang mengakui bahawa perlawanan separuh akhir kali kedua ini seperti ada yang tidak kena, pemain Malaysia seolah-olah kehilangan rentak permainan apabila bertandang ke tempat lawan. Kenapa perkara begini masih terjadi sedangkan pemain Malaysia sudah bertaraf profesional?


Mutu pengadilan dalam perlawanan malam tadi juga kelihatan berat sebelah kerana pengadil dari Korea itu terlalu banyak memberi kelebihan kepada Thailand. Ketidakpuashatian penyokong Malaysia terhadap mutu pengadilan malam tadi sampai ke muncaknya apabila pemain Malaysia, Fadzli Shas dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua di atas kesilapan kecil yang dilihat tidak masuk akal untuk diberikan kad. Melalui tidakkan pengadil ini sudah tentunya sedikit sebanyak menurukan moral pemain ketika berkasi di atas padang.

Sesuatu perubahan drastik perlu dilakukan oleh FAM terhadap skuad bola sepak negara bagi memastikan pasukan Malaysia mampau melakar kemenangan dalam apa jua pertandingan samada di peringkat kebangsaan atau kejohanan antarabangsa.

Cukup sudah dua penggal, Datuk K Rajagobal membimbing skuad Harimau Malaya dan terima kasih di atas jasa beliau selama ini. Setelah mendengar pendapat ramai pihak, penulis rasakan sudah tiba masanya Datuk K Rajagobal melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan.

Demi pembangunan sukan bola sepak negara di masa hadapan, perubahan pantas perlu dilakukan seiring dengan kemajuan dalam dunia bola sepak hari ini. Segala taktikal atau strategi lapuk harus ditinggalkan, kesebelasan utama serta jurulatih perlu disusun semula dan paling peting sekali, hanya yang terbaik sahaja wajar dipilih.
Share on Google Plus

About Unknown

7 comments:

  1. yang pegi tgk bola kat BKK tu mesti ada yg pegi cari ayam kan? hahahahah

    BalasPadam
  2. Strategi yg diguna Rajagobal dah outdated.. Mungkin Malaysia memerlukan soerang jurulatih import yg lebih bepengalaman sprt Sir Alex Furgeson..

    BalasPadam
  3. Skuad bola negara kurang membuat hanataran2 cantik dan passing bola banyak yg ntah ke mana2 je

    BalasPadam
  4. kalau letak mourinho pun tapi pemain tak dpt nak terjemahkan kat atas padang...tak guna gak...tapi paling ketara adalah pengadil perlawanan...kalau pemain kita sentuh sikit pun dah kira foul...tapi pemain dorang siap naik tangan pun takde diambil tindakan...memang salah satu punca menjadikan emosi tak stabil...

    BalasPadam
  5. Salam Bro,kita patut terima kekalahan itu.Aku tak salahkan Jurulatih tetapi pemain kita nampaknya kehilangan rentak permainan.Tetapi banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan Harimau Malaya.FAM sepatutnya harus berani membuat perubahan corak permainan pasukan kebangsaan.Kita terlalu mengutamakan corak permainan bolasepak Inggeris.Aku dah rasa kita akan kalah setelah seri di Bukit Jalil.Sepatutnya kita menang dengan jaringan yang banyak di Bukit Jalil.Namun begitu tahniah kepada semua pegawai dan pemain Harimau Malaya.

    BalasPadam
  6. INI PELUANG TERBAIK UNTUK RAJAGOPAL LETAK JAWATAN...MSIA MENANG AFF 2010 KERANA NASIB & RAJAGOPAL BUAT AJAIB SAJA...PEMAIN2 KENE TUKAR...TERUTAMA MCM PEMAIN LEMBEK & BERMASALAH...SI AIDIL, K.FAHMI...SHAFIK..SAFEE..SEMUANYE OFF FORM...KESILAPAN BESAR & TAKTIK CAP AYAM..SI RAJAGOPAL...

    BalasPadam
  7. Thailand dah bagi referee ayam baik punya... Thailand memang takut/malu kalh dengan msia ... Percayalah

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.