Felda Rancang Bina Lebih Banyak Rumah Untuk Generasi Kedua


Tahniah kepada Felda kerana sentiasa mengambil berat dan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah peneroka dan juga membela nasib generasinya.

Rancangan membina rumah untuk generasi kedua Felda ini sememangnya satu langkah yang bijak dan tepat pada masanya. Ini kerana masih terdapat lagi tanah-tanah milik Felda yang berada di kawasan tanah rancangan belum dibangunkan sepenuhnya.

Dari terus dibiarkan tanah-tanah ini terbiar, lebih elok kiranya untuk didirikan penempatan dan kemudahan untuk generasi keduanya yang kini masih lagi tidak memiliki kediaman tetap. Selain daripada itu dapat menarik minat golongan generasi kedua felda yang bekerja dalam bidang profesional di bandar pulang ke kampung halaman untuk mecurahkan bakti.

Penulis berharap, semoga rancangan Felda yang berhasrat untuk membina lebih tempat tinggal untuk generasi keduanya, berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguang dari luar yang selama ini begitu iri hati dengan kejayaan Felda kerana telah berjaya membawa orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan.

InsyAllah, selagi Felda terus mengekalkan tradisinya untuk membela nasib rakyat terutama sekali golongan bumiputera dan orang Melayu, selagi itulah sokongan dan undi masyarakat Felda tetap kekal bersama Barisan Nasional. Itu pasti!

KULIM - Felda tidak pernah melupakan kemudahan untuk generasi kedua peneroka, dan untuk itu, projek perumahan kepada golongan tersebut akan dimulakan tahun depan melibatkan nilai berpuluh juta ringgit.
 
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bagi program perumahan untuk generasi kedua Felda, buat permulaan ia akan dijalankan secara pembinaan pasang siap di beberapa kawasan Felda yang mempunyai kemudahan tapak.
 
"Melalui pembinaan secara pasang siap ini, beratus–ratus buah rumah dalam pelbagai bentuk dan pelan dapat dibina secara lebih cepat, di samping dapat menjimatkan kos," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Felda Di Hati, Janji Ditepati di Felda Gunong Bongsu, Karangan hari ini.
 
Beliau berkata di Felda Gunong Bongsu, pihak pengurusan telah mengenal pasti sebuah tapak di kawasan seluas 12 hektar untuk pembinaan kira-kira 500 unit rumah generasi kedua.
 
Pada majlis itu, Mohd Isa meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk pembinaan longkang tambahan di kawasan Felda tersebut.
 
Beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan baharu berharga RM800,000 selain kerja mengubah suai dan memperbaiki 500 rumah peneroka serta memperbaiki beberapa kemudahan infrastruktur sekitar kawasan itu.
 
Terdahulu, Mohd Isa melawat beberapa rumah peserta Felda terutama yang uzur dan berpenyakit kronik bagi menyampaikan bantuan seperti barangan dapur. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.