Etika Yang Perlu Dipatuhi Jika Ingin Bercakap Lucah Dengan Pasangan


Rahisa bilik tidur tiada siapa yang mengetahui kecuali jika anda menghebohkannya. Seribu satu macam perkara boleh berlaku di dalam bilik tidur. Dan setiap apa yang berlaku menjadi memori indah yang akan dikenang sampai bila-bila. Pun begitu, hanya di bilik tidur anda bebas berbuat atau bercakap apa saja. Asalkan disenangi pasangan. Salah satu bab yang boleh anda lakukan ialah bercakap  kotor atau lucah.

Kata-kata lucah ini juga juga bergantung kepada niat anda. Dan bukannya untuk memalukan atau menjatuhkan maruah. Diantaranya ialah kebanyakan lelaki terutama orang Asia agak sukar mengungkapkan perasaan sebenar ketika berhubungan seks. Senario yang sering berlaku ialah ketika berjimak anda berasakan perlu mengucapkan sesuatu seperti betapa hebatnya pasangan anda. Tetapi perkataaan yang keluar bersifat lucah atau kotor.

1. Tahu apa yang anda katakan
Semasa bercakap kotor pastikan saluran vokal anda bersambung dengan otak. Dalam erti kata anda tidak mengeluarkan kata-kata lucah secara membabi buta. Setiap perkataan yang keluar itu bukan bergantng kepada apa yang berlaku di bawah pinggang anda. Oleh itu, berfikir dengan waras ketika bermesra dengan pasangan. Anda boleh mencuba pelbagai pendekatan. Dan yang mustahak  tenangkan fikirn sambil menarik nafas panjang kemudian tahan lalu luahkan apa dengan menggunakan ayat yang betul. Mungkin si dia terpinga-pinga dengan perkataan itu tetapi akhirnya ia dapat m nerima setelah mencapai tahap yang berikutnya.

2. Ketahui sempadan
Fahamilah bahawa kesukaan antara seseorang wanita dengan wanita yang lain tidak sama. Juseru itu ketahui jenis pasangan anda. Jika pasangan anda seorang yang kuno atau kolot berhati-htilah ketika mengeluarkan perkataan. Pasangan akan menganggap anda gila atau buang tebiat sekiranya dengan tiba-tiba bercakap kotor. Sekalipun dia suka mengenakan pakaian seksi tidak bermakna dia suka kata-kata yang melampau. Ingat! mana-mana wanita tidak suka dipanggil pelacur atau jalang waima pelacur sendiri. Jadi jangan merendahkan martabat mereka dengan gelaran yang bermaksud negatif.

Anda boleh meluahkan apa sahaja jika pasangan anda seorang yang berfikiran terbuka, berdikari dan sealiran dengan anda. Malah  pasangan seperti ini tidak gemar jika anda memanggil namanya. Lebih romantis jika anda memanggilnya darling atau sayang. Dan anda tidak perlu mengajar atau menyuruh  dia melakukan sesuatu yang memberi keselesaan dalam hubungan seksual anda. Kerana dia tahu apa yang menyeronokkan.

3.  Pastikan ada skrip sebelum bercakap
Setelah berkahwin, sudah pasti anda mengenalinya luar dan dalam. Antara lain anda boleh mengesan atau mengetahui apa yang disukai atau dibencinya. Jadi gunakan pengetahaun itu ketika bersamanya. Sesetengah wanita tidak menyukai 'watak jahat' ketika bersama. Lantaran itu anda boleh berbual atau bermesra dengan diselitkan kata-kata yang agak keterlaluan demi menaikkan nafsunya.

4. Buat persediaan
Dalam apa jua situasi anda hendaklah sentiasa bertenang. Jangan bersikap gelojoh atau kasar. Mungkin ramai wanita yang tidak menyukai sikap kasar ketika di ranjang. Jadi, berhati-hatilah kerana ia akan memberi kesan terhadap jiwa pasangan anda.

Anda tidak seharusnya membuat pasangan terkejut. Jangan mengeluarkan kata-kata yang berbau lucah secara tiba-tiba. Misanya ketika makan malam, anda mengatakan untuk 'bersama'. Tetapi jika dia tidak menolak teruskan sahaja. Dan anda boleh berbual apa sahaja ketika di dalam bilik.

5. Daya Khayalan
Semua orang mempunyai daya khayalannya tersendiri. Bayangan dari khayalan ini idak memilih bulu sama ada anda seorang yang kolot atau tidak. Untuk mencapai suasana tenang  dengan berkhayal sesuatu anda hendaklah memastikan privasi terkawal. Jangan sampai ada orang yang mendengar atau melihat anda berdua.

Lelaki yang gentelmen boleh menyuarakan pendapat atau bertanyakna soalan kepada pasangan mengenai senario yang boleh menaikkan ghairah. Tetapi harus diingat jangan seskali memaksa. Melakukan hubungan seks secara paksaan akan mengurangkan ghairah wanita. Jika si dia menjelaskan senario yang diinginkan,anda hendaklah cuba melaksanakannya. Kata-kata dapat menjadi jambatan antara kedua-dua organ sulit.

Dah baca artikel syok ni..jangan lupa LIKE kami di Facebook ok!

6. Berilah cadangan
Jangan berat mulut untuk memuji dirinya seperti ''cantiknya kaki sayang''. Menurut kajian, wanita memerlukan  antara lapan hingga 10 minit untuk pemanasan. Ia merangkumi pelukan, ciuman dan kata-kata mesra. Sebagai lelak perkasa, gunakan kesempatan ketika pemanasan ini untuk mengeluarkan gaya percakapan yang menarik.

7. Jangan cakap pelat
Silap besar jika anda bercakap pelat seperti bayi ketika bersama dengan pasangan. Wanita tidak menyukai lelaki yang manja seperti bayi. Mereka pentingkan lelaki yang lebih tua dan matang. Jika anda berbuat demikian ia kan merosakkan suasana. Begitu juga wanita benci apabia anda bercakap  seperti seorang ibu kepada anaknya.

8. Jangan bercakap kotor terlalu banyak
Jangan mengamalkan pengunaan  kata-kata kotor atau lucah terlalu banyak. Ini  bukan kelas bahasa. Jadi pastikan  anda menyelitkan  kata-kata itu berdasarkan tujuan anda mengeluarkan sesuatu perkataan. Anggaplah ia sebagai ramuan dalam hubungan anda berdua. Bagi yang sukar berhent bercakap lebih baik mendiamkan diri. Ia akan menjadiakan suasana malam anda lebih tenang dan menarik.

9. Biarkan dia bercakap
Tidak tahu di mana hendak mula? Lebih baik biarkan pasnagan yang memulai dulu. Tidak salah sekiranya wanita menguasai malam anda. Kejantanan anda tidak terjejas apabila mendengar pasangan mengomel atau bercerita. Bagaimanapun, anda boleh menambah atau mengeluarkan pendapat sendiri. Pada  saat si dia bercerita anda boleh meneruskan khayalan anda bersamanya. Sampai satu peringkat nyatakan apa kesukaanya. Tentu ia memberi kesan yang menakjubkan.

10. Hanya di dalam bilik tidur
Ingat!. Jangan sesekali anda mengeluarkan  kata-kata 'mesra' ini di luar daripada bilik tidur. Anda perlu peruntukan ruangan bilik tidur sahaja yang sesuai menggunakan kata-kata lucah ini. Dan tidak semua lelaki yang bercakap lucah dan nakal itu bersikap kotor ketika berada di luar.  Pastikan apa yang anda lakukan berdua di dalam bilik tidur menjadi rahsia anda. Jadi kuncikan mulut anda daripada bercerita tentang kehidupan seksual anda.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.