Bimbang Pecah Tembelang, Karpal Arah Tunku Aziz Tarik Balik Kenyataan


GEORGE TOWN: Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk'DAP's triumph of chauvinistic will'.

Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.

Dalam perkara berasingan, Karpal Singh berkata kematian bekas presiden Gerakan dan bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Tun Dr Lim Keng Yaik adalah kehilangan besar kepada landskap politik tanah air.

Menyifatkan mendiang Dr Lim sebagai seorang yang sentiasa riang, Karpal Singh berkata Dr Lim adalah pemimpin yang hebat dan tidak pernah bermasalah dengan beliau sungguhpun mereka berlainan parti. BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Here arе a lot To Tracе a cell phone Number?


    my blog post - dien thoai

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.