Generasi Kedua Felda Tersenyum Lebar, Pemberian 'Durian Runtuh' Fasa 3 November Ini

 
Memang tepat pada masanya, itulah komen-komen dari generasi kedua Felda yang diutarakan di laman-laman sosial sejak berita pemberian 'durian runtuh' ini diwar-warkan.

Walaupun belum lagi menerima wang 'durian runtuh' tersebut, tak over rasanya untuk penulis lafazkan kalimah syukur kepada Allah dan jutaan terima kasih kepada kerajaan melalui FELDA di atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada generasi ke dua Felda hari ini.

Biar apa pun orang nak kata, terutama sekali dari pihak  Pembangkang yang selama ini begitu bengang dengan tingkah laku kerajaan Barisan Nasional yang selama ini tidak pernah leka menjaga fix depositnya di tanah rancangan terhadap pemberian ini, sebagai generasi kedua Felda, sokongan padu yang tidak berbelah bahagi wajar diberikan kepada kerajaan di atas usaha yang dilakukan selama ini dalam membantu meringankan beban rakyat.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengumumkan durian runtuh fasa ketiga kepada generasi kedua Felda akan diserahkan 10 November ini.

Ia akan diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis Himpunan Generasi Baru Felda.

Menurutnya, sebanyak RM563 juta akan diagihkan kepada generasi baru Felda.

"Perdana Menteri sendiri akan menyerahkan replika berbentuk cek dalam majlis itu, cadangan mahu beri pada bulan ini bukan tidak jadi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana faktor masa dan jadual," katanya pada sidang media di Wisma Felda, hari ini.

Tambah Ahmad, jumlah kesemua durian runtuh yang diberikan kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua ini kesemuanya berjumlah RM1.689 bilion.

Baca Selanjutnya di Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.