Penasihat Ekonomi 'Seringgit' Ramal Negara Bakal Hadapi Krisis Ekonomi

ketum-seringgit

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangannya berhubung penyusutan nilai ringgit yang akan menyebabkan kenaikan harga makanan.

Katanya, kebimbangan itu berasas memandangkan hampir 90 peratus bahan makanan asas diimport.

"Sebarang pemansuhan subsidi makanan akan menambahkan bebanan kepada rakyat yang sedang dibebani kos sara hidup.

"Tambahan pula pasaran minyak sawit mentah, getah dan timah juga telah susut secara mendadak," katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Selain itu, beliau menjangkakan negara bakal berdepan krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa.

"Pengurangan berterusan harga minyak mentah Brent semenjak pertengahan tahun ini daripada paras USD100/bbl kepada USD65/bbl bermakna pengurangan pendapatan hampir 40 peratus daripada penjualan minyak mentah.

"Pendapatan tambahan RM25 bilion yang diumumkan di dalam Bajet 2015 baru-baru ini mungkin terpadam dan tidak mustahil dikatakan bahawa kerajaan akan menghadapi masalah untuk mengurangkan defisit negara kepada tiga peratus tahun depan," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. Gaji seringgit tapi perabis sebilion
    Mamat sastera pun tak lulus jadi penasihat ekonomi mana tak lingkup.

    BalasPadam
  2. anuar biasalah dia rasa dia lebih pandai dari orang lain, nak cakap ekonomi teruk, sejak dia ni kena pecat sejak tahun 98 tak habis habis cakap ekonomi malaysia terok sampaila sekarang hari2 dia doa agar ekonomi malaysia teruk knon2 dia lah saje yg bole selamatkan,,,,,,,,,tapi bagi aku anuar ibrahim jenis makhluk prrosak macam parasit takda sattu pun benda baik yang anuar prnahh buat kalau anuar jadi pm aku percaya dh lama malaysia dia jual

    BalasPadam
  3. telengong saja yang percaya cakap penipu ini.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.