Ahli Parlimen Ponteng Beri Alasan Bantu Isteri Gentel Karipap Di Rumah

Cara menggentel karipap yang betul

Penulis berharap, kejadian ponteng yang berlaku di kalangan ahli Parlimen Indonesia ini tidak menjadi contoh ikutan bagi seluruh ahli Parlimen di Malaysia.

Perbuatan ponteng dari mehadiri sidang dewan, merupkan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan mengkhiananti amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Bekerjalah bersungguh-sungguh demi Allah dan rakyat sekiranya ingin dipilih kembali menggunakan gelaran 'Yang Berhormat' selaku wakil kepada rakyat.

Jakarta: Pengerusi parti Demokratik Indonesia, Anas Urbaningrum menggesa isteri ahli penggubal undang-undang negara itu mengingatkan suami mereka supaya lebih rajin bekerja berikutan kedatangan anggota untuk menghadiri sidang dewan adalah rendah.

Beri ingatan

“Jika ada tanda-tanda suami anda mahu mengelak menghadiri tugas mereka di Dewan Perwakilan, beri ingatan kepada mereka (supaya pergi kerja),” kata Anas pada satu mesyuarat kelab Isteri Penggubal Undang-Undang Parti Demokrat semalam.

“Jika perlu, iringi mereka apabila mereka ke kawasan pilihan raya berikutan pilihan raya perundangan semakin hampir.”

Penggubal undang-undang Indonesia menjadi sasaran kritikan mengenai kekerapan mereka tidak hadir bersidang dan prestasi teruk ketika mesyuarat Dewan Perwakilan.

Sesi Dewan tak produktif

Kehadiran yang kurang menyumbang kepada sesi Dewan yang tidak produktif pada tahun ini selain menyebabkan sejumlah 38 rang undang-undang terhenti dalam perbincangan.

Selain itu, ketika satu mesyuarat berlangsung sempena memperingati ulang tahun 67 badan perundangan terbabit, hanya 350 daripada 560 ahli perundangan yang hadir. Pada masa sama, kebanyakan mereka yang hadir juga menyelinap keluar lebih awal.

Sebelum ini, ada pihak mencadangkan supaya dewan menggunakan sistem cap jari elektronik dipasang untuk mengambil kehadiran tetapi rancangan itu terkubur begitu saja berikutan bantahan kebanyakan ahli dewan.

Anas memberitahu kelab isteri ahli Parlimen bahawa pembabitan mereka adalah perlu untuk memastikan kejayaan Parti Demokratik. - Agensi- Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.