Tips Elak Pokai Bila Lepas Raya
Bagi mereka yang berkemampuan,tidak timbul masalah kewangan sebelum dan selepas raya.Tetap bagaimana dengan mereka yang berpendapatan kecil untuk memiliki duit yang secukupnya selepas raya?
Berikut beberapa tips untuk menyelesaikan masalah itu:-
1.Buat tabungan khas untuk raya
Faktor utama seseorang itu 'kering' selepas raya ialah tidak menabung atau tidak ada wang sampingan.Kalau boleh,sentiasalah buat tabungan kecil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum raya.
2. Berbincang sebelum pulnag ke kampung
Paling penting berbincang dengan seeloknya lokasi berhari raya.Anda boleh merancang 'car pool' dengan adik beradik yang lain.Anda boleh berjimat dari segi tol dan minyak
3. Asingkan duit tol dan minyak pergi dan balik
Perlu diingat,masalah utama pokai selepas raya adalah kerana anda terlebih belanja sebelum hari raya.Perkara perlu diutamakan supaya tidak terlebih berbelanja atau 'terguna duit' ialah asingkan duit tol dan minyak
4. Asingkan duit untuk 'angpau' raya
Sedar atau tidak, duit raya yang tidak dirancang dari awal akan menyebabkan anda terguna duit untuk kegunaan selepas raya.Sediakan duit kecil terlebih dahulu.Tahan telinga jika ada yang membandingkan nilai yang diberi oleh anda dengan orang lain.
5. Jalan kaki jika dekat
Jika perlu ke mana-mana semasa di kampung seperti ke masjid atau untuk beraya, jalan kaki adalah cara terbaik sekiranya dekat.Bukan sahaja tidak perlu keluar belanja, kesihatan juga terjaga.
6. Bawa stok dari kampung
Cara yang selalu penulis amalkan..hehe.Kampung halaman memang menjadi syurga makanan terbaik untuk menjimatkan wang. Jangan malas untuk bawa makanan yang dibekal ibu bapa seperti lemang, rendang ataupun kuih muih yang boleh digunakan beberapa hari.
7. Bayar hutang yang penting
Sebelum berbelanja ,pastikan ansuran rumah dan kereta telah dibayar terlebih dahulu.Jadi tidak perlu risau jika anda terlebih belanja.Bil utiliti atau hutang yang tidak melibatkan institusi kewangan boleh ditangguhkan dahulu tetapi seeloknya bayar semua hutang agar anda tidak pening kepala untuk membayar hutang yang tertunggak.
8. Bawa bekal ke pejabat
Selain menjimatkan wang,tidak salah bawa bekal ke pejabat.Tidak salah anda makan dan berkongsi dengan rakan-rakan pejabat.
9. Kerja lebih masa
Jika tempat kerja anda ada bayaran kerja lebih masa,gunakan peluang ini untuk mengumpul duit lebih.Tetapi jangan pula ambil peluang kerja lebih masa dengan berborak atau melayari internet .
10. Berhemah di jalan raya
Sekiranya anda berhati-hati di jalan raya dengan pemanduan berhemah,tiada istilah habis duit kerana kemalangan untuk membaiki kerosakan kenderaan anda atau untuk membayar saman.
11. Jangan sesekali guna kad kredit
Jangan bawa atau beli menggunakan kad kredit kerana anda sudah pokai.Sikap berhutang duhulu kemudian bayar ini akan menyusahkan anda di kemudian hari.Jika terpaksa , pastikan anda bayar sepenuhnya selepas dapat gaji.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.