Penghinaan terhadap panji negara. Haruskah ia dibiarkan? |
Saban
tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, akan ada saja
kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar,
rata-ratanya datang dari kalangan politikus parti pembangkang.
Semacam
ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan
semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh
segelintir poli'tikus' pembaiki labu air.
Biasanya
gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera
kebangsaan, Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera
Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.
Sedangkan
sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia, benderanya juga seakan sama
seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik
sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji
kemerdekaan negara mereka.
Malah
Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya
PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India,
cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah
warna hijau, tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut
menjadikannya pertikaian.
Demikian
jua dengan Syiria, Iraq dan Yemen, jalur merah putih dan hitam
melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih
sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera,
malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.
Begitu
juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura, sekalipun bendera
mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland, pantang
sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi
untuk merasa segan untuk mengibarkannya.
Tapi
di Malaysia yang tercinta ini, kita memiliki terlampau ramai politikus
yang didukung oleh segelintir rakyat yang tiada semangat kecintaan pada
negara yang begitu gemar memperlekehkan simbol kebesaran negara sendiri.
Dalam
pada mereka seringkali membandingkan bendera kita dengan bendera
Amerika sambil memperlekehkan maruah kemerdekaan negara, di masa yang
sama mereka jugalah yang acapkali mendabik dada memuji sistem demokrasi
Amerika dan meminta kerajaan mencontohi kebebasan politik ala Amerika.
Kontradiks.
Jika
pada tahun lepas (2011) pertikaian terhadap bendera negara kita hangat
diperkatakan gara-gara kenyataan anti patriotisme oleh M.Manoharan,
tahun ini politikus yang sama mempertikaikan pula pengorbanan jaguh
badminton yang berpenat lelah cuba mengharumkan nama negara di persada
antarabangsa.
Tidak
lupa juga kontroversi ceramah Mat Sabu pada tahun 2011 yang secara
terbuka pernah mengheret isu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku diikuti
sanjungannya pada Mat Indera komunis yang baginya adalah pejuang
kemerdekaan sebenar berbanding pahlawan negara yang menjadi mangsa
kekejaman Mat Indera di Bukit Kepong.
Seperti
sengaja mahu merancakkan lagi gerakan anti patriotisme, dalam tahun ini
pula seorang lagi politikus dari PAS, Nizar Jamaluddin turut berkongsi
nada sama-sama mengambil bahagian melabelkan penghinaan terhadap bendera
negara sebagai jalur malang.
Baru
beberapa ketika berlalu, kartunis pro pembangkang yang bernama Zunar
pula tanpa sedikit pun rasa bersalah telah dengan angkuh dan sombong
melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji kemerdekaan negara.
Dan
seperti biasa, para penyokong pembangkang akan berusaha sedaya upaya
cuba menjustifikasikan penghinaan tersebut sebagai satu kewajaran,
sedangkan selama ini merekalah yang bersungguh benar mahu merampas
tampuk kekuasaan negara yang berpanjikan Jalur Gemilang yang mereka hina
itu.
Langsung
tak terdetik barangkali di nurani masing-masing betapa polemik yang
mereka timbulkan hasil kenyataan anti kenegaraan itu berkait langsung
dengan maruah anak bangsa dan tanahair.
Melihat
pada susun atur dan corak serangan terbuka terhadap simbol, lambang dan
sejarah kemerdekaan negara, pastinya tidak sukar untuk kita membuat
satu andaian sememangnya wujud gerakan anti patriotisme dikalangan
politikus pembangkang.
Tentu
saja tujuan mereka mahu seboleh mungkin mengikis semangat patriotisme
dikalangan hamba rakyat, bila ianya berjaya dilakukan barangkali mudah
untuk pembangkang mencucuk jarum kebencian bagi mencapai angan-angan
mereka untuk merampas pemerintahan negara ini.
Tatkala
ramai pemimpin politik di negara lain bertungkus lumus melakukan amal
bakti dan menabur jasa demi cinta mereka pada negara sekalipun
masing-masing berbeza fahaman politik, di negara kita sebaliknya
berlaku.
Politikus
pembangkang Malaysia kelihatan semakin selesa menjalankan gerakan anti
kenegaraan samada secara sedar atau tidak, menjurus kepada kepentingan
sempit tanpa mengira impaknya bakal memudahkan musuh luar mengambil yang
bakal menjahanamkan tanahair tercinta.
Oleh
itu, semua rakyat Malaysia yang masih menyimpan perasaan cintakan ibu
pertiwi, bangunlah segera mempertahankan maruah tanahair ini dari terus
dinodai oleh politikus haprak yang rendah nilai patriotismenya.
Tanah
bertuah ini baik buruknya, lebih atau kurangnya waima ditimpa hujan
batu sekalipun sepatutnya kita sama-sama terus mempertahankan maruahnya
kerana disinilah bumi yang kita pijak dan selamanya akan kita junjung.
Sumber: GAP
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.