SLOGAN di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan
pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya
yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.
Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan
bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh
disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik
perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.
Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya
bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema.
DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai
isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.
'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang
sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas
berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.
Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha
Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan
Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu
mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di
mana?
Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham
universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi
dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang
barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama
juga.
Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai bekas
pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam
secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak
Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang
dialami oleh Anwar.
‘Sejiwa’ memberi makna memiliki roh yg sama dalam
perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya.
Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas?
Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah
gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan
Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut
dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said
sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.
Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang
belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal
di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah
lereng bukit.
Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak
selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya
Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas
pembangkang hanya berjanji saja tetapi “Janji tidak ditepai”
Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu
‘Janji ditepati”. Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi
penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati
janji. Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk
dikalangan orang yang munafik.
Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya “Janji Ditepati”
adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh
parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila
menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji.
Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa
agama dan bertamadun. Bila penegasan tema “Janji ditepai” bagi sambutan Hari
Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan
dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam
sebagai dukunganya.
Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan
dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS
diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji
Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan
diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.
Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul
dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema “menepati janji”
amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan
sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat ‘tidur sebantal’.
Daripada Abu Musa r.a
katanya, sabda Rasulullah SAW: “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang
lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu
sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari
dan Muslim.
Utusan Malaysia
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.