SHAH ALAM: Tindakan Pakatan Rakyat yang suka menabur pelbagai janji
tetapi tidak mampu dipenuhi mempunyai persamaan dengan tindakan Presiden
Amerika Syarikat Barack Obama, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Sambil membidas tindakan Pakatan itu, menurut Mahathir adalah "lebih baik (menyokong) syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang tidak kita kenali".
"BN mendengar (keluhan) rakyat dan mengubah banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah menggesa BN melaksanakan apa sahaja perubahan yang diingini," kata Mahathir dalam blognya hari ini.
Menurut beliau, sokongan harus terus diberikan kepada BN kerana Anwar menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji itu akan ditunaikan.
Sambil membidas tindakan Pakatan itu, menurut Mahathir adalah "lebih baik (menyokong) syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang tidak kita kenali".
"BN mendengar (keluhan) rakyat dan mengubah banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah menggesa BN melaksanakan apa sahaja perubahan yang diingini," kata Mahathir dalam blognya hari ini.
Menurut beliau, sokongan harus terus diberikan kepada BN kerana Anwar menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji itu akan ditunaikan.
"Mereka kata berikan mereka peluang. BN telah memerintah selama 55 tahun. Sudah sampai masa untuk 'ubah'. Mereka mahu menukar kepada negara berkebajikan.
"Semua benda akan menjadi percuma. Tiada yuran untuk pendidikan. Tiada tol. Subsidi besar untuk petrol. Royaliti 20 peratus kepada negeri yang mengeluarkan minyak dan sebagainya," katanya.
Namun jelas Mahathir, pihak Sosialis dan komunis telah cuba memperkenalkan idea mengenai negara berkebajikan ini tetapi mereka juga gagal.
Katanya, apabila kerajaan melepas kutipan cukai, tol dan yuran, maka ia mempunyai dana yang terhad untuk tujuan penyelenggaraan utiliti, lebuh raya, sekolah dan juga kos operasi dan pembangunan serta pembayaran pencen dan sebagainya.
"Jadi dari mana kerajaan akan dapat dana yang diperlukan itu?
"Meminjam adalah okay jika wang itu dilaburkan dan memberi pulangan. Tetapi meminjam dengan tujuan untuk berbelanja akan menyebabkan hutang tidak berbayar.
"Inilah yang berlaku ke atas Greece. Negara itu sekarang bankrap. Seluruh eropah juga gagal menyelamatkan," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir berkata bahawa tindakan memberikan peluang kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan selama lima tahun adalah langkah berbahaya kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh berkenaan.
"Banyak perkara boleh dimusnahkan dalam lima tahun. Selain itu, pembangkang yang menjadi kerajaan akan memastikan BN tidak kembali berkuasa.
"Pegawai kerajaan akan digunakan untuk mengempar sesiapa yang cuba menukar kerajaan," jelasnya.
Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, namun adalah jelas merujuk kepada Anwar, Mahathir berkata bekas timbalannya itu sebenarnya hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan tidak membuat apa-apa perubahan ketika masih dalam kerajaan.
"Sekarang apabila menjadi ketua pembangkang, dia mendakwa mahu membawa perubahan. Perubahan apa yang diperkenalkannya semasa dia masih dalam kerajaan?
"Apa yang dia mahu adalah untuk naik dalam Umno untuk menjadi perdana menteri. Bagaimana di mencapai objektif itu tidak dipertikaikan," katanya lagi.
Sumber: AntaraPos.com
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.