TAKUT kepada apa?
Ini persoalannya penulis nak tanyakan
kepada ahli parlimen sepenggal ini, apa yang ditakutkan Perdana Menteri
bila memutuskan untuk turun buat lawatan ke Sabah?
Biasalah Perdana Menteri turun padang
buat lawatan, ini bukan perkara baru yang harus menjadi isu. Payahlah
kalau setiap kali PM buat lawatan turun padang ia dikaitkan dengan
adanya pergolakan politik dalaman dalam BN.
Tapi orang seperti Nurul Izzah, dia lebih
suka nak provoke dan perbesar benda macam ini sebab nak bakar perasaan
pengikutnya yang tengah bersemangat gila dengan kemasukan 2 Ahli
Parlimen BN ke dalam pakatan beberapa minggu sudah.
Saja nak hangatkan isu dan Pakatan memang bergantung kepada isu semata-mata untuk kekal relevan dalam politik Malaysia.
Najib tidak ada apa yang ditakutkan
dengan tindakan 2 orang Ahli Parlimen ini menyertai Pakatan haram.
Sebab paling utama, 2 orang ini keluar bukan sebab prinsip, tapi rasuah
wang dan jawatan yang dijanjikan kepada mereka.
Bukti tak payah tanyalah, korang tuduh UMNO beli Ahli Parlimen Pakatan, ada bagi bukti?
Apatah lagi bila sah kedua-dua mereka
tidak akan dicalonkan semula dan tindakan ini dilihat lebih kepada untuk
membalas kekecewaan tersebut disamping kaut apa yang patut.
Lagipun, kita ada lebih ramai ahli
Parlimen/ADUN Pakatan haram yang keluar sebelum ini untuk menyokong BN
berbanding 2 yang keluar sekarang kerana motif kecewa.
Yang Nurul Izzah patut bimbangkan ialah,
dengan pelaburan besar yang dikeluarkan untuk membawa 2 Ahli Parlimen
tersebut keluar, apa yang telah disumbangkan setakat ini? Berapa
bahagian UMNO yang dah lumpuh, berapa cawangan dah tutup, berapa ratus
ribu yang mengumum menyokong PKR dan Pakatan haram?
Setakat yang kita nampak, hanya 2 orang ini dan sebilangan kecil orang masing-masing sahajalah. Berbaloikah impak sebesar ini?
Kalau ikut kata Lajim hari itu, harusnya
UMNO bahagian Beaufort bubar setelah dia keluar sebab sebahagian besar
ahli Jawatankuasa bahagian tersebut ikut keluar. Tapi bahagian
tersebut masih kekal begitu. Nampak sangat masalahnya disitu dengan
Lajim sahaja, bukan dengan ahli-ahli yang lain.
Begitu juga dengan 2 DUN dalam Parlimen Beaufort iaitu DUN Klias dan Kuala Penyu, keduanya masih kekal di tangan BN.
Jadi apa PM nak takut?
SUMBER: MYKMU.net
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.