Dikenali sebagai placentophagy, amalan memakan
uri secara relatif adalah biasa di China apabila ia dipercayai mempunyai kelebihan anti penuaan serta diketahui diamalkan sejak 2000 tahun lalu.
Disebabkan khasiatnya itu, amalan memakan uri
kini menjadi perbulan di negara Barat dengan sesetengah pihak yakin ia boleh
membantu wanita mengatasi maslah kemurungan pasca bersalin dan pulih dengan lebih
cepat dengan memakan uri.
Memakan uri juga dikatakan boleh membantu
meningkatkan kuantiti susu badan serta memberi tenaga yang diperlukan setiap
hari
Maharaja pertama, Qin Shinhuang dipercayai
mengajar mengenai khasiat yang ada pada uri kira-kira 2,200 tahun lalu.ketika
dinasti terakhir China, Maharani Cixi dilaporkan memakan uri sebagai amalan
awet muda.
Sebuah manuskrip perubatan klasik dari Dinasti Ming (1368-1644) menyatakan, uri yang menjadi organ utama kepada janin 'sangat berkhasiat' dan ' jika' diambil untuk tempoh lama, usia seseorang boleh dipanjangkan.
Sebuah manuskrip perubatan klasik dari Dinasti Ming (1368-1644) menyatakan, uri yang menjadi organ utama kepada janin 'sangat berkhasiat' dan ' jika' diambil untuk tempoh lama, usia seseorang boleh dipanjangkan.
Satu laman sesawang kesihatan popular
mencadangkan uri dimasak sebagai sup, direbus, dijadikan bebola daging atau
dicampur dengan pelbagai jenis ubat-ubatan tradisional. Malah ada pengguna
internet yang saling bertukar resepi bagi memasak uri..
Pada masa sama, permintaan tinggi terhadap uri
membuka ruang kepada aktiviti pasaran gelap dengan hospital, pekerja perubatan
dan malah golongan ibu menjual uri walaupun ia bercanggah dengan undang-undang.
Akhbar Jinan Times melaporkan, uri mendapat harga
lebih tinggi di di bandar Jinan berbanding bandar lain apabila peraih
menawarkan harga sehingga RM150 setiap satu uri.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.