Guan Eng Patut Pilih Antara DOG atau PIG

Baru-baru ini salah seorang pemimpin BN Pulau Pinang, Por Joo Tee, mencadangkan agar Kerajaan DAP di negeri itu menukar slogan “Cekap, Akauntabiliti dan Telus” (CAT) memandangkan dasar-dasar kerajaannya yang bertindak membelakangkan kepentingan rakyat.

Beliau memberikan contoh mengenai projek-projek perumahan mampu milik yang gagal diselesaikan meskipun sudah mentadbir negeri itu lebih dari empat tahun, selepas mengambil alih pentadbiran dari BN pada tahun 2008.

Saya percaya, Guan Eng tidak akan mempedulikan saranan Por Joo Tee itu memandangkan gaya pentadbirannya yang tidak menghiraukan sebarang cadangan dari mana-mana pihak, termasuk rakyat atau pemimpin BN.

Tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan Por Joo Tee dari Bayan Baru itu ada benarnya.


Ketika berkempen pada PRU ke-12 yang lalu, Pakatan Haram di negeri itu gemar menabur janji sesuka hati mak bapak mereka sehingga ramai di kalangan rakyat yang percaya dengan segala yang terbit dari mulut mereka.

Tanpa mengira sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak, Pakatan Haram menabur janji di segenap pelusuk negeri, termasuklah “sumpah” Anwar Ibrahim di atas kepada salah seorang penduduk Kampung Buah Pala yang mengharapkan masalah pemilikan geran tanah yang dipohon selama ini diselesaikan.

Namun, setelah berjaya menjajah Pulau Pinang, janji-janji itu tidak pun ditunaikan kepada rakyat.
Bagaimanapun, “Khalifah” PAS, Lim Guan Eng, tidak merasa malu dengan kegagalan menunaikan janji-janji itu malah begitu berbangga menubuhkan sebuah jawatankuasa yang membawa slogan CAT.

Guan Eng fikir dengan tertubuhnya CAT dan jawatankuasanya, maka rakyat di negeri itu akan tertipu dengan dasar CAT itu dan melihatnya seolah-olah pemimpin yang telus, berakautabiliti dan cekap.

Masalahnya, bermula dari tahun 2008 sehingga kini, Guan Eng belum lagi kering dari pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran dan peribadi dirinya.

Dari isu Kampung Buah Pala yang menyakitkan hati ramai pihak pada 2008, hinggalah isu terkini yang mengaitkan Guan Eng dengan skandal seorang gadis yang bernama samaran “Rainbow” yang terpaksa meletak jawatan kerana dikatakan “dicemburui seseorang di Melaka”…

Selain itu, isu-isu seperti “rampasan” tanah rezab Melayu, projek-projek “direct negotiation”, tanah untuk dirikan masjid “dirampas”, skandal tanah RM10.1 bilion dan termasuklah gerakan “menghalau” bangsa Melayu dan India dari tanah pulau secara halus…itu semua dasar Guan Eng.

Namun, dikatakan bahawa tidak ada satu pun dari skandal atau isu yang dibangkitkan itu telah disiasat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi CAT yang ditubuhkan.

Jadi, apa fungsikan CAT di Pulau Pinang?

Saya setuju dengan pandangan beberapa rakan di Pulau Mutiara itu agar Guan Eng menukar saja CAT kepada jawatankuasa atau slogan lain yang lebih sesuai.

Misalnya, Guan Eng boleh menukar CAT kepada DOG atau PIG.

Pada padangan saya, DOG boleh melambangkan kepada “Disgrace & Obsession Government” yang menunjukkan dasar-dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang memalukan kerana terlalu obses dengan ego diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Atau PIG yang membawa maksud “Progressive Insane Government” yang memperlihatkan wajah sebenar Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng yang seolah-olah gila kuasa dengan mengenepikan segala kebajikan rakyat demi “kocek” sendiri.

Mungkin Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan tersinggung dengan slogan DOG dan PIG ini. Namun saya yakin bahawa ramai dan majoriti rakyat Pulau Pinang setuju dengan slogan baru yang saya cadangkan itu…


Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Dua-dua boleh, PIG atau DOG sebab sifat haiwan-haiwan yang haram suka buat kerja-kerja haram. Seekor suka menyalak kuat sekor lagi suka merempuh dan menyondol.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.