Lima Jenis Makanan Yang Boleh Membantu Membangkitkan Selera Seks Anda

Apabila mengatakan hal-hal hubungan kelamin, ia bukan sekadar merangkumi apa yang berlaku dalam kamar tidur semata-mata. Ia turut menitikberatkan tenaga yang seharusnya dikuasai lelaki bagi menyelesaikan "cabaran" yang maha enak itu.

Bagi memanjangkan tempoh perhubugan kelamin anda, apa kata teliti pemakanan di bawah yang mampu membantu anda membangkitkan selera seks termasuk pasangan anda.

1. Daun Sadri
Daun sadri (celery) tergolong dalam kategori ulam yang kebiasaan dimakan dengan nasi mengikut sajian  masyarakat Melayu. Ia merupakan sumber makanan  yang boleh meningkatkan ransangan seksual kerana daun sadri mengandungi sebatian androsterone, hormon tanpa bau yang keluar melalui peluh lelaki. Hormon ini dikata mampu membuat wanita teransang.

2. Tiram mentah
Tiram terkenal sebagai makan laut yang kaya dengan zat besi, yang boleh meningkatkan jumlah sperma dan pengeluaran testosteron selain mengandungi dopamine, hormon yang dikatakan boleh menaikkan ghairah seks. Cuba hisap tiram bersama pasangan anda sebagai sebahagian dari permainan foreplay anda. Saling bersuapan akan menghangatkan lagi permainan seks anda dan erotis.
3. Pisang
Pisang mengandungi enzim bromilen yang dipercayai boleh menaik dan memperbaiki tenaga lelaki. Sebagai buah tropika, pisang merupakan sumber potassium dan vitamin B seperti riboflavin, yang meningkatkan tenaga badan. Cara menikmatinya ialah dengan berkongsi dengan pasangan anda. Biar pasangan anda makan di sebelah hujung dan sebaliknya anda. Cubalah...

4 Aprikot
Penduduk Aztecs menyebut buah aprikot sebagai "testicle tree". Ia mampu menurunkan risiko stroke dan serangan jantung kerana ia satu-satunya buah yang kaya lemak (dua kali ganda dengan jumlah lemak yang terkandung dalam durian). Ia turut mengandungi betakaroten, klorofil, vitamin E dan vitamin B kompleks.

Aprikot dikatakan boleh membantu meningkatkan stamina seks. Kandungan asid foliknya melancarkan metabolisme protien dan menaikkan tenaga tubuh.  Gabungan  dua unsur, Vitamin B6 (nutrisi yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon lelaki) dan potassium (membantu melancarkan kelenjar tiroid) diyakini boleh membantu meningkatkan ghairah seks lelaki dan wanita.

5. Almond
Aroma atau bauan yang dikeluarkan oleh almond dikatakan mendorong meningkatkan hasrat seks wanita. Nyalakan beberapa lilin aroma terapi yang berperisa almond dikala anda enak berkasih, necaya bauan yang terhasil akan membangkitkan ghairah seksual anda dan pasangan.

Anda juga boleh memakan almond secara langsung kerana ia kaya dengan pelbagai sumber yang baik bagi kesihatan pengeluaran sperma lelaki.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.