Memalukan. Tatkala
beberapa IPTS di Negara ini terpaksa berhempas pulas memberi
perkhidmatan pelajaran terbaik, Universiti Selangor (Unisel) yang
bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor menanggung beban hutang
hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang
bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus
induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Tunggakan
bayaran yang didedahkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Selangor Datuk Seri Noh Omarmelibatkan kos penyelenggaran di kampus
induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor
tersebut.
"Saya
difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa
tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak
bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama, yang
jadi mangsa ialah pelajar.
"Ini
jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel
pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan
Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang
kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya pada sidang akhbar
selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Agrobank berjumlah
RM170,087.43 kepada Lembaga Zakat Selangor di Tanjong Karang , Sabtu
lalu.
Pendedahan
ini menguatkan lagi isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat
tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini
berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.
Masalah
itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran
penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB
bagi tempoh lapan bulan.
Sementara
itu, Noh Omar turut mencabar MB Selangor Khalid Gagap mengeluarkan
laporan kewangan Unisel jika benar pendedahan beliau tersebut palsu.
"Sebelum
ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak
sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel
sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau
tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan).
"Jadi,
saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan
pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak
kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.
Pendedahan
ini juga diperkukuhkan lagi menerusi kenyataan Ketua Bahagian Residen
Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap yang menjelaskan tindakan menutup
pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah
disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang
lama sehingga menjejaskan urusan seharian.
Beliau
berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak
memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran
untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan,
dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut
Aidilfitri. "Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi
hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran
yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang
dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan.
"Memang
penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu
tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku," katanya.
Beliau
turut menjelaskan apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB,
mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh
dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan
antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.
"Pihak
pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian
tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui
sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal
menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara
berperingkat.
"Namun
kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada
jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu
keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel," katanya.
Kelihatan
Khalid Gagap terkedu menjawab jumlah hutang yang besar yang terpaksa
ditanggung sebuah IPT di bawah Kerajaan Negeri tatkala Anwar menjanjikan
pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga IPT jika Pakatan menang
besar pada PRU13 kelak.
Sumber: Ocean's 13
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.