Jangan Biar Si Penjenayah Yang Melakukan Pecah Amanah Dijulang Sebagi 'Hero'


Berita penangkapan Rafizi Ramli pagi tadi di atas dakwaan pecah amanah kerana membocorkan maklumat sulit pelanggan sebuah bank, masih lagi hangat diperkatan hingga waktu ini.

Di laman sosial seperti Facebook sekarang ini sedang giat dilakukan kerja-kerja menaikan imej Rafizi Ramli dari seorang yang melakukan perbuatan 'pecah amanah' kepada watak seorang hero yang kononya ingin membentaras penyelewengan.

Pemahaman rakyat dalam isu ini cuba dipesongkan oleh Pakatan Pembangkang agar perbuatan tidak bermoral yang mereka lakukan tidak diketahui.

Pelbagai persepsi cuba dibentuk bagi menggambarkan perbuatan pecah amanah yang dilakukan oleh Rafizi itu sebagai tindakan mulia.

Apa yang jelas di sini, Islam telah menekankan kepada umatnya bahawa matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Walau sesuci mana sekalipun niat Rafizi yang kononya ingin mendedahkan pernyelewengan yang didakwanya berlaku, namun perbuatan pecah amanah itu sangat ditegah oleh agama.

Di bawah ini penulis lampirkan kiriman email yang diambil dari blog PapaGomo.com yang mana di dalam email tersebut telah menggariskan 4 KESALAHAN BESAR yang dilakukan oleh Rafizi semasa membuat pededahan maklumat akaun bank milik NFC Corp.

Penulis rasakan, maklumat yang terkandung dalam kiriman email di bawah, ia amat sesuai dijadikan panduan pada kita bagi menjawab segala persolan yang dibangkitkan oleh juak Pakatan Pembangkang dalam usaha mereka mengaburi mata rakyat dan membersihkan imej Rafizi yang kini semakin tercalar gara-gara perbuatan pecah amanah yang dilakukanya.

4 KESALAHAN AKTA BAFIA, 1989: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA DICABUL OLEH RAFIZI RAMLI

Pada 7 Mac 2011, Bekas Penasihat Ekonomi di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dan juga Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli telah menyebarkan kepada umum melalui media massa tentang maklumat peribadi akaun pelanggan Public Bank Berhad.

Akibat dari tindakan itu,laporan polis dan laporan kepada Bank Negara Malaysia telah dibuat namun setelah hampir lima bulan berlalu (sehingga surat ini ditulis), tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak polis dan BNM ke atas Rafizi Ramli.

Kita perlu ketepikan soal samada tindakan Rafizi itu bermotif politik atau sebaliknya, namun isu utama ialah Rafizi Ramli telah menceroboh maklumat akaun peribadi pelanggan bank dan mengedarkannya untuk tatapan umum dan secara tidak langsung terdedah kepada keselamatan danmaruah pemiliknya.

Kelemahan kita dalam menangani isu yang cukup kritikal ini telah dijadikan cerminan kepada kebanyakan pengguna bank dan pelabur asing luar tentang integriti dan kredibiliti institusi kewangan Negara dalam menjaga hak privasi pelanggan bank dan juga kedaulatan undang-undang Negara. Seperti yang ditegaskan sendiri oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim:

Negara akan berdepan pelbagai masalah jika maklumat peribadi pelanggan boleh dijual beli oleh sesiapa sekali gus membantutkan usaha kerajaan dalam mencapai negara berpendapatan tinggi.

Ini kerana, bank merupakan institusi terpenting dan asas kepada matlamat itu dan ia tidak mungkin akan tercapai sekiranya kedudukan dan nama baik bank-bank di Malaysia terjejas.(Utusan Malaysia, 31/5/2012)

Terdapat empat (4) pembohongan yang melanggari akta BAFIA oleh Rafizi Ramli yang kita kira pihak-pihak yang bertanggunbgjawab harus segera bertindak agar reputasi Institusi kewangan dan perbankan kita terus dianggap sebagai antara yang terbaik di dunia dalam konteks kerahsiaan dan keselamatan maklumat akaun pelanggan bank tempatan mahupun pelabur luar.

Pertama, Rafizi telah mencerobohi 21 akaun peribadi dan syarikat pelanggan Public Bank Berhad. Pencerobohan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli ini boleh kita fahami sendir dalam kandungan akta BAFIA 1989 yang menyebut seperti berikut:

BANKING AND FINANCIALINSTITUTIONS ACT 1989

PART XIII INFORMATIONAND SECRECY

Restriction oninquiring specifically into affairs of a particular customer

96. Except as providedin section 43 (2), and without prejudice to the powers of inspection,examination, investigation or inquiry conferred on the Bank or on aninvestigating officer under this Act, nothing in this Act shall— (a) authorisethe Minister to direct the Bank; or (b) authorise the Bank, to inquirespecifically into the affairs of any individual customer of any licensedinstitution.

Secrecy

97. (1) No director or officer of any licensedinstitution or of any external bureau established, or any agent appointed, bythe licensed institution to undertake any part of its business, whether duringhis tenure of office, or during his employment, or thereafter, and no personwho for any reason, has by any means access to any record, book, register,correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to theaffairs or, in particular, the account, of any particular customer of theinstitution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwisedisclose, to any person, or make a record for any person, of any information ordocument whatsoever relating to the affairs or account of such customer.

97. (3) No person who has any information or document which to his knowledge has been disclosedin contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose thesame to any other person.

Kedua, Rafizi Ramli telah mendakwa bahawa beliau memperolehi maklumat akaun tersebut melalui seorang pekerja Public Bank yang didakwanya sebagai “whistle blower”. Hari ini kitadapati pekerja bank tersebut menafikan beliau adalah “whistle blower” dan ini cukup jelas bertentangan dengan dakwaan Rafizi. Kita khuatir, terdapat unsur-unsur rasuah dalam situasi ini di mana Rafizi Ramli berkemungkinan menawarkan “habuan” kepada pekerja bank tersebut.

Kesalahan ketiga Rafizi ialah meletakkan tekanan yang cukup dasyat keatas pekerja bank tersebut yang kita kenali dengan nama Johari Mohamad hingga beliau diberhentikan kerja setelah hampir 15 tahun perkhidmatannya bersama Public Bank. Ada yang menyebut hari ini, Rafizi Ramli telah tinggalkan Johari tanpa memberi apa-apa pertolongan seperti yang pernah dijanjikan oleh Rafizi sendiri dalam salah satu sidang akhbarnya. Kita boleh rujuk semula di (minit ke 6:8 – 6:16)

 

Manakala kesalahan keempat yang dilakukan oleh Rafizi Ramli dalam konteks akta BAFIA, 1989 ini ialahbeliau telah dengan secara terbuka kepada media membuat pelbagai manipulasi dansalah guna fakta untuk mempengaruhi kerajaan dan orang ramai. Bukan sahajamembuat sidang akhbar terbuka, malah lebih dasyat lagi beliau telah edarkandalam bentuk cetakan maklumat terperinci akaun pelanggan Public Bank kepadaseluruh wakil media yang hadir.

Apa lagi yang tidak kenadengan sistem Undang-Undang Negara kita sehingga individu seperti Rafizi Ramliyang telah secara jelas mencabuli undang-undang BAFIA masih lagi bebas terusmenerus memanipulasi banyak perkara berkaitan kerajaan bukan sahaja tentang NFCmalah termasuk Prasarana, FELDA dan PTPTN?

Bersempena dengan bulanRamadhan yang mulia ini, sama-samalahkita mencari kebenaran hakiki yangselama ini terlalu banyak kebenaran itu disembunyikan dan dinafikan olehindividu yang taksub dengan politik semata-mata.

"Barang siapa yang beriman kepada Allah danhari akhirat maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja" - Hadisriwayat Bukhari

Wan Mahmoud Wan Abd Mutalib,58
Kelantan

Share on Google Plus

About Unknown

8 comments:

  1. Hanya orang tidak berIman sahaja yang tidak MALU dengan maksiat yang mereka lakukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami di sini berharap agar dia org segera bertaubat..

      Padam
  2. Salah satu tanda orang Munafik adalah TIDAK AMANAH

    BalasPadam
  3. Anon 1 aug 23:56 ..amat setuju pandangan tuan
    salah satu Ciri-ciri orang MUNAFIK..Pembohong dan TIDAK AMANAH.

    BalasPadam
  4. eloklah kedua2 ekor lembu PKR tu ditambat dalam penjara atas kesalahan yg mereka lakukan. PADAN MUKA RAFIZI dan JOHARI.

    BalasPadam
  5. sebab itu pakatan sokong penjenayah, sebab itu meka minta undangf untuk keselamatan rakyat di pnda, setelah polis tangkap penjenayah puak puak ini dgn peguamn meka lah membela mereka dan membebaskan mereka, yg menjadi mangsa rakyat biasa saperti kita...kini jenayah begitu bebas kenapa sebab pakatan membela mereka sehingga kerajaan 1 malaysia snaggup membubuh unadang2 yg selama ini menyelamatkan kita rakyat biasa yg tak ada apa apa

    BalasPadam
  6. didapti brslah 250 juta tu amanah ke?

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.