Amalan Makan Coklat Boleh Cegah Penyakit Diabetis

Penggemar coklat hari ini sering dimomokkan dengan kegemukan bila memakan coklat. Satu penelitian baru mengungkap bahawa coklat manjadi  “senjata”  baru untuk mencegah diabetes.

Menurut penelitian ini, dengan memakan coklat pekat dipercayai dapat menurunkan risiko kerosakan dalam tubuh yang menyebabkan diabetes.

Khasiat coklat berfungsi apabila memakan coklat pekat yang mengandungi bahan kimia pencegah penyakit dikenali sebagai flavanols.

Penemuan yang dilakukan sekumpuan penyelidik dari Itali ini mendapati bahawa pengambilan coklat dalam jumlah sederhana setiap hari secara teratur dapat melindungi tubuh daripada penyakit diabetes atau keadaan tolakan terhadap insulin.

Insulin dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi membantu sel tubuh menyerap glukosa dalam darah. Insulin ini membantu sel mengubah glukosa menjadi tenaga bagi otot-otot badan.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.