Kebencian para pemimpin DAP terhadap taikun muslim paling zuhud di
Malaysia, Syed Mokhtar al-Bukhary tidak mampu dibendung lagi. Kebencian
mereka yang meluap-luap terhadap batang tubuh usahawan Islam yang sangat
banyak membuat kebajikan di negara ini, benar-benar telah sampai
kemuncaknya. Tidak kira sesiapa pun, baik orang UMNO, PKR mahu pun PAS,
kita semua tidak dapat menafikan hakikat bahawa Syed Mokhtar merupakan
usahawan Islam contoh, yang hidup dalam kesederhanaan dan sangat suka
bersedekah. Namun demikian, ramai yang tidak tahu bahawa manusia yang
berhati mulia inilah, yang sangat dibenci oleh DAP. TIdak perlu rasanya
kita mengulang kisah dan riwayat hidup Syed Mokhtar yang sangat terkenal
sebagai hamba Allah yang dermawan, bukan sahaja di Malaysia, bahkan
terhadap umat Islam yang berjiran dengan negara ini.
Syed Mokhtar dibenci bukan kerana beliau terbabit dengan skandal atau
penyelewengan, tetapi beliau dibenci oleh DAP, kerana kezuhudan dan
akhlaknya yang gemar mengembalikan semula kekayaan yang diperolehnya ke
jalan Allah. Beliau dibenci kerana berjaya memecahkan monopoli
perniagaan kaum Cina DAP, menguasai banyak syarikat strategi yang
menguntungkan umat Islam dan terlalu suka membantu kaum muslimin.
Percayalah, jatuhnya Syed Mokhtar al-Bukhary, bermakna jatuhlah juga
usahawan-usahawan muslim lain yang bernaung di bawahnya..dan itulah yang
sangat dihajati oleh DAP.
KUALA LUMPUR, 31 Julai —
Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan Barisan Nasional
(BN) untuk memberikan jaminan untuk tidak menandatangani sebarang
perjanjian dengan Seaport Terminal (Johor) sehingga lepas pilihan raya
umum akan datang. Jelas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tindakan itu bagi
membolehkan rakyat Pulau Pinang menentukan sama ada mereka bersetuju
atau tidak dengan rancangan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang. Dipetik laporan The Malaysian Insider hari ini, kerajaan
persekutuan dipercayai sedang melambatkan penjualan Pelabuhan Pulau
Pinang kepada taikun logistik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
sehingga selepas pilihan raya umum kerana khuatir wujudnya tentangan
daripada rakyat terhadap perjanjian ini dan akan menjejaskan undi
kepada BN.
“BN harus memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menandatangani
atau memuktamadkan apa-apa perjanjian dengan Seaport sehingga selesai
pilihan raya umum yang akan datang. “Ini bagi membolehkan rakyat Pulau
Pinang menentukan sama ada mereka
bersetuju dengan penswastaan ini atau menolak pelanunan Pelabuhan Pulau
Pinang kepada kroni BN,” jelas Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP.
Beliau juga turut menegaskan, kerajaan negeri Pulau Pinang menolak
penswastaan PPP atas lima sebab; tiada tender terbuka, tiada penafian
Menteri Kewangan atau Menteri Pengangkutan bahawa PPP bakal menjadi
pelabuhan pengantar; tiada peruntukan untuk mendalamkan saluran
pelabuhan, berjumlah RM353 juta; tiada rundingan awam dengan pihak
berkepentingan; dan terakhir tiada kata putus bagaimana penswastaan ini
akan memanfaatkan rakyat Pulau Pinang dan menjadikan PPP pelabuhan
bertaraf antarabangsa.
“Ianya sebab kukuh untuk kami menolak dan antara isu utama yang akan
ditentukan oleh rakyat Pulau Pinang dalam pilihan raya umum sama ada
mereka menyokong penswastaan atau menolak pelanunan terhadap harta awam.
“Antara sebab lain kerajaan tidak boleh menandatangani sebarang
perjanjian dengan Seaport adalah kerana supaya kerajaan persekutuan PR
yang baru tidak akan dibelenggui kesulitan undang-undang dalam usaha
untuk membatalkan perjanjian tersebut,” jelas Lim dalam satu kenyataan
hari ini. Ahli Parlimen Bagan itu juga turut menjelaskan, BN harus
buktikan
bahawa mereka mengutamakan kepentingan rakyat Pulau Pinang dengan
membuat kerja korek sekarang, di mana RM353 juta kos untuk mengorek
harus dibiayai oleh kerajaan persekutuan seperti yang dijanjikan dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 dan 10. “Dalam semangat demokrasi, biarlah
rakyat Pulau Pinang menentukan
dalam pilihan raya umum yang akan datang sama ada mereka menyokong atau
menolak penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kepada Seaport seperti yang
dicadangkan BN,” tambahnya lagi.
Sumber: Azli Shukri Today
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.