Hudud: Nik Aziz Lebih Takutkan Surat Mantan Perdana Menteri Dari Takutkan Allah

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia.

“Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik,” katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com.

Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan “secara masak” sejak November pada tahun tersebut. Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Pelbagai alasan diberikan oleh Mursyidul Am PAS ini akibat kegagalan beliau dan parti PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Sikap menunding jari menyalahkan orang lain amat senang untuk dilakukan. Sejak bila parti PAS begitu takut dengan undang-undang sehinggakan surat dari Mantan Perdana Menteri yang telah bersara bertahun-tahun masih menghantui mereka. Hebat betul Tun Dr Mahathir sehinggakan surat lama beliau menjadi badi kepada PAS sehingga kini.

Ahh Nik Aziz Nik Mat, sengaja anda mencipta pelbagai alasan. Masih ingatkah Himpuan BERSIH tempoh hari? Bukankah Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan larangan perhimpunan BERSIH di Dataran Merdeka? Kenapakah Nik Aziz Nik Mat sanggup melanggar undang-undang dengan mengalakkan ahli-ahli PAS agar turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka? Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz Nik Mat juga telah memberikan duit poket untuk perbelanjaan ahli-ahli PAS untuk melanggar undang-undang!

BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 dilarang oleh Kerajaan, namun kenapa  tetap pembangkang termasuk PAS engkari juga? Kenapa dalam bab perlaksanaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 ini, PAS tak berani “melanggar undang-undang” sedangkan mereka kata ini suatu kewajipan dan arahan Allah?!

Bolehkah kalau Penulis katakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan lebih takutkan surat Tun Dr Mahathir daripada perintah Allah? Ini sekadar persoalan bukan penyataan. Kalau hanya beralasankan surat tersebut, kenapa mereka tidak pula berusaha secara undang-undang di mahkamah sepertimana isu royalti minyak Kelantan?

Takkan dengan sebab datang surat berkenaan, terus berhenti hasrat Nik Aziz Nik Mat dan Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakannya tanpa berusaha menengakkannya di mahkamah atau membangkitkannya dalam kesepakatan Pakatan Rakyat seperti dalam Buku Jingga? Penulis sekadar melontarkan beberapa kemusykilan untuk difikirkan bersama.

Mungkinkah kerana takut pada Abang Besar Karpal Singh yang kuat anti negara Islam dan Hudud? Kita harapkan PAS lebih kuat dari UMNO dalam mempertahankan Hudud. Ini tidak. Mereka lebih cenderong berdolak dalik dan bersikap menunding jari. Ulama PAS telah lama berjuang untuk hudud dan negara Islam. Janganlah disebabkan pemimpin-pemimpin PAS sekarang yang sekular menyebabkan Islam dalam PAS menjadi mainan.

Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. nak komen ..tapi tak pa lah ..lain kali ...

    BalasPadam
  2. so stupid, mengambarkan kebodohan umat islam..tidak heran ugama islam di permainkan. sedih melihat pemimpin yg mengaku berugama islam tapi bacul dalam menegak hukum allah. atau sengaja mempergunakan atau menunjuk alim demi kuasa dunia..banyak lagi manusia dimuka bumi ini memabur bakti , mempertaruhkan naywa demi umgama islam tapi tak kecoh seperti parti politik..sesungguhnya semua manusia ahli politik adalah hipokrit atau munafiq!!!! sudalah lah mari bersatu wahai manusia yg mengaku allah itu tuhan mereka ..kembali kepada al-quran dan suanah nabi yg satu..bersatupadu demi islam...
    jangan gadai masa depan umat yg terkemudian nanti ..insaflah tok nenek kita dulu dah dijajah berkurun ..tak kan anak cucu kita pun nak kena jajah lagi..kita bangsa melayu adalah penduduk asli mari bersatu demi kemakmuran bumi malaysia..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.