100,000 Peneroka Felda Akan Terima Bayaran Dividen Interim RM400

Pasti ada yang bersetuju dengan pendapat penulis jika dikatakan bahawa Peneroka Felda adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang paling beruntung di dalam negara ini.

Sudah bermacam-macam nikmat dapat dirasai oleh peneroka sejak dari FELDA ditubuhkan hingga ke hari ini. Penulis yakin ada segelitir pihak berasa iri hati dengan 'keistimewaan' yang diterima oleh peneroka-peneroka Felda ini.

Bagi penulis, mereka memang berhak untuk mendapat semua kelebihan-kelebihan ini yang diberi oleh pihak kerajaan di atas segala usaha dan kerja keras mereka dalam meningkatkan taraf hidup serta membangunkan negara terutama sekali dalam sektor perladangan.

Walau hanya RM400 untuk permulaan, wajar sangat lah peneroka-peneroka Felda yang berada di seluruh negara merasa bersyukur dengan bayaran dividen tersebut. Jangan ada yang komplen kenapa sedikit sangat, orang lain dapat lebih. Sikap sedemikian tak patut ada dalam diri kerana itu sifat orang yang tak reti bersukur dan Allah sangat murka kepada golongan seperti ini.

Jika kita bersyukur pada nikamat yang sedikit, insyAllah akan dilipat gandakan lagi pemberiaNya pada masa akan datang. Bak kata orang-orang tua, lebih baik dapat sedikit dari tak dapat langsung.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lebih 100,000 peneroka Felda akan mendapat RM400 menerusi dividen interim sejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada Jun lepas.

Beliau berkata, lembaga FGVH mengumumkan dividen interim sebanyak 5.5 sen per unit, yang akan memberi manfaat kepada 112,635 peneroka Felda dan keluarga mereka.

“Ini bermakna peneroka Felda akan menerima dua jenis dividen. Pertama, menerusi pegangan 800 unit yang dimiliki mereka setiap seorang. Ini bermakna 800 unit itu akan membuatkan mereka peroleh RM44,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Felda di Menara Felda pada Selasa.

Najib berkata, keduanya menerusi dividen daripada dana amanah peneroka, yang memperuntukkan 20 peratus pegangan lain.

Beliau berkata, ini bermakna 730 juta digandakan dnegan 5.5 sen bersamaan dengan RM40.1 juta, dan jumlah ini akan dibahagikan kepada 112,635 keluarga peneroka Felda.

“Ini bermakna setiap peneroka akan menerima RM356. Jika kita tambah RM44 daripada perolehan dividen yang pertama, mereka akan menerima sejumlah RM400 setiap seorang,” kata beliau, sambil menambah bahawa perolehan itu telah pun dicapai dalam hanya dua bulan sejak FGVH disenaraikan.

Sumber: Mstar Online
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.