'Ustazah' Perasan Bagus Dikecam Peminat Sendiri
Bila artis yang sudah 'bertaubat' masuk politik macam inilah jadinya. Semenjak Abby Abadi mendaftar sebagai ahli PAS seumur hidup, pelbagai kecaman serta sindiran dari masyarakat terutama sekali dari kalangan peminatnya menyelubungi kehidupan artis itu.
Kenyataan Abby yang mendakwa artis bertudung sepertinya hanya akan mendapat tempat dalam industri hiburan apabila Barisan Nasional tumbang dalam PRU13, telah mengundang pelbagai reaksi negatif peminantnya sendiri.
Ada yang menganggap, kenyataan Abby itu sebagai cetek pengetahuan dan tiada kewajaran untuk dia mencampuraduk urusan agama dengan politik sekiranya mahu bergelar Muslimah sejati.
Sudah namanya artis berubah macam mana sekalipun, dunia hiburan memang tak boleh tinggal walau golongan seangkatan seperti Abby ini sering mendabik dada kononya mereka sudah 'bertaubat' dengan menyertai parti politik yang menggunakan jenama Islam.
Perubahan yang dilakukan oleh Abby dengan membawa perwatakan imej muslimah nampaknya tidak ke mana. Malah sekarang ini, Abby kelihatan semakin bongkak dan taksub dengan parti politik yang dianutinya.
Ditambah pula dengan sokongan tidak berbelah bagi dari kalangan 'pak lebai' dalam PAS telah menjadikan Abby seperti wanita 'suci' yang terhindar dari sebarang perbuatan tercela walau tindak-tanduknya itu adakalanya menyinggung sensitiviti dan perasaan orang lain.
Memang tepat saranan yang ditujukan kepada Abby oleh peminatnya agar artis itu lebih menumpukan perhatian terhadap keluarga dan mendidik anak-anak, nak-nak lagi dengan status dirinya yang kini masih lagi bergelar ibu tunggal.
Nasihat penulis kepada Abby, jangan jadi 'keldai' tunggangan orang politik.
biasany org lama yg bru nk msuk pas adalah org yg byk masalah kehidupn pd zmn zilamny. sbbny mereka suka dgn jaminan syurga yg diberikn. bg org pas yg msuk umno pula adalah org yg sdar bhw pas hnylh parti poltik yg mmprgunakn agama utk kpentingn mereka.
BalasPadam