
Gunakan bahan yang lebih sihat untuk menggantikan bahan yang mengandungi lemak, gula atau garam yang tinggi. Antaranya:
1. Rempah (halba, kulit kayu manis, ketumbar atau jintan)
2. Herba (daun selasih, pasli, pudina, sup, daun ketumbar dan serai)
3. Susu rendah lemak.
4. Puri buahan atau jus buahan segar sebagai pemanis semula jadi.
Tahukah anda...
Setiap sudu besar minyak yang anda guna untuk menggoreng menambahkan lebih daripada 100 kalori!
Apabila anda menggoreng ayam dengan kulit yang mengandungi lemak tidak tepu, anda akan menambahkan lebih lemak dalam masakan.
Menggoreng untuk jangka masa yang lama akan mengubah kualiti minyak.
Makanan berkanji, contohnya kentang goreng, kerepek kentang dan makanan disalut tepung roti, apabila dimasak dengan minyak lebih daripada 160 degree celsius akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser (karsinogen).
Dan antara cara masakan lebih sihat ialah:
- Kukus
- Sup
- Pendidih
- Panggang
- Bakar
- Rebus
- Goreng ringkas
- Tumis
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.